Bekas kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim berasa teruja untuk kembali semula menabur bakti kepada skuad kebangsaan jika diperlukan.
Bercakap kepada Astro Arena, beliau berharap namanya akan dipanggil semula untuk menyarung jersi kebangsaan.
Selamatkan maruah negara
Menurut Safiq, selepas meneliti hasil dari perbincangan bersama Presiden FAM tempoh hari. Safiq kini berasa selesa dan bersedia untuk keluar semula dari persaraan.
Kata Safiq, TMJ telah berikan nasihat dan telah menerangkan kepada beliau mengenai perancangan baginda untuk memajukan bola sepak negara.
“Selepas bertemu dengan Presiden FAM, saya telah diterangkan mengenai perancangan dan matlamat baginda untuk bola sepak negara.”
Beliau akan bersedia pada bila-bila masa sekiranya pengendali skuad kebangsaan, Mario Gomez berasa terpanggil untuk memanggil beliau ke dalam skuad kebangsaan.
“Saya akan bersedia, sekiranya diberi kepercayaan dan diberi peluang untuk beraksi.”
Tak jemu
Tegas Safiq, beliau tidak pernah jemu dalam memberikan khidmat kepada skuad kebangsaan.
Safiq yang juga merupakan kapten JDT juga kini lebih yakin apabila melihat tampuk pemerintahan FAM yang baharu bertindak lebih serius dalam membawa bola sepak ke tahap yang lebih tinggi.
Apa yang dikatakan oleh Safiq itu turut disokong oleh Amirulhadi Zainal yang juga bersedia untuk kembali sertai skuad kebangsaan.
“Sesiapa yang dipanggil oleh jurulatih pasti mahu beraksi untuk pasukan negara.”
“Mana tidaknya, kita beraksi atas dasar berkhidmat untuk negara.”
Baca juga: 5 Jurulatih Yang Lepaskan Jawatan Di Kelab Untuk Pasukan Kebangsaan