Ahmad Bashah: “Tan Cheng Hoe Masih Lagi Jurulatih Kedah”

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah menegaskan yang Tan Cheng Hoe masih lagi pengendali skuad Kedah yang sah – lapor Fourth Official.

Menurut beliau, memang benar Cheng Hoe sudah menghantar surat perletakkan jawatan beliau sebagai pengendali Kedah.

Akan tetapi, pihak KFA mahukan Cheng Hoe menunjukkan surat tawaran dari pihak FAM terlebih dahulu.

Mana surat?

Bagi Ahmad Bashah, Cheng Hoe masih lagi merupakan jurulatih pasukan Kedah yang sah.

Hal ini kerana, beliau mahukan Cheng Hoe menunjukkan surat tawaran yang diterima beliau oleh pihak FAM untuk mengisi jawatan sebagai pembantu jurulatih kebangsaan.

“Kami di KFA mahukan Cheng Hoe menghantar surat tawaran yang beliau terima dari pihak FAM kepada kami terlebih dahulu.”

“Kami tidak akan buat sebarang keputusan selagi beliau tidak menghantar surat tawaran tersebut kepada kami.”

Gambar: Zam Zainal/Asiana

Tan Cheng Hoe baru-baru ini telah mengesahkan perletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih Kedah.

Kedudukan beliau sebagai jurulatih Kedah menjadi tanda tanya buat para peminat bola sepak Malaysia sejak akhir-akhir ini.

Kini, Cheng Hoe hampir pasti menyertai barisan kejurulatihan skuad kebangsaan – tapi siapakah penggantinya?

Nama-nama seperti Kiatisuk Senamuang dan Ramon Marcote merupakan calon utama yang bakal menggantikan Cheng Hoe di Kedah.

Selain itu, nama Nidzam Adha dan Azraai Khor Abdullah juga disebut-sebut sebagai calon untuk menggantikan Cheng Hoe.

Baca juga: TMJ Sasar Harimau Malaya Layak Ke Piala Dunia 2026

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN