Bekas pemain West Bromwich Albion, Peter Odemwingie kini sah bergelar pemain kelab Indoneisa – Madura United.
Beliau kini menyertai pemain-pemain terkenal dunia seperti Michael Essien dan juga Carlton Cole yang menyertai satu lagi kelab Indonesia – Persib Bandung.
Odemwingie hadir sebagai salah seorang pemain yang bereputasi besar apabila Madura United menandatangani beliau sebagai marquee player Madura United.
“Terima kasih kepada Madura United yang memberikan saya peluang untuk beraksi dalam kancah bola sepak Indonesia,” kata beliau ketika majlis pengenalan sebagai pemain Madura United di Jakarta.
“Apa yang saya lihat adalah Liga Indonesia kini sedang menuju ke arah yang cukup baik dan kerana itu saya datang ke sini.”
Siapakah Madura United?
Madura United atau singkatanya MU (jangan tertukar dengan Melaka United & Manchester United ya!) adalah sebuah kelab Liga 1 Indonesia yang merupakan liga tertinggi di sana.
Madura Uniteda merupakan kelab yang berpengkalan di Pamekasan – sebuah daerah di yang terletak di Madura, Jawa Timur.
Kelab ini ditubuhkan sekitar tahun 1986 dengan nama Pelita Jaya, kemudiannya dinamakan sebagai Madura United pada Januari tahun lalu.
Pasukan yang merupakan bekas pasukan kepada penyerang kebangsaan, Safee Sali telah 11 kali menukar nama mereka sejak ia ditubuhkan.
Antaranya yang paling diingati adalah Pelita Mastrans (1997), Pelita Jaya Purwakarta (2006-2007), Pelita Jaya Karawang (2010–2012) dan Persipasi Bandung Raya (2015).
Sepanjang penubuhannya, Madura United menukar nama sebanyak 11 sekali kerana pelbagai sebab.
Hal ini adalah kerana pertukaran pemegang taruh (stakeholder) serta pertukaran homebase mereka di beberapa tempat seperti bandar Solo, Karawang dan juga Bandung.
Apa-apa pun, semoga berjaya buat Peter Odemwingie!
Baca juga: Carlton Cole Sah Sertai Kelab Indonesia Persib Bandung