Pengurus Manchester United, Jose Mourinho nyata bukan peminat bola sepak antarabangsa.
Tempoh hari, Harry Redknapp dengan lantang mengeji bola sepak antarabangsa kerana ia tidak berguna bagi pasukan England.
Baginya, menang di peringkat kelayakan satu perkara tak berguna bagi England kerana mereka akan tersingkir awal di kejohanan sebenar.
Bagi Mourinho pula, beliau sangat tidak sukakan bola sepak antarabangsa terutamanya di Eropah.
Hal ini kerana, beliau menanggap ia cumalah sesuatu yang “membuang masa dan tak serius”.
Tak serius
Bercakap kepada ESPN, Mourinho nyata merasakan bola sepak antarabangsa satu perkara yang merugikan.
Beliau juga mengkhususkan kritikannya itu kepada sesi kelayakan di Eropah yang dianggap sebagai “tak serius” oleh sesetengah negara.
“Pusingan kelayakan di Eropah buatkan saya marah, mereka seolah-olah tak serius ketika bermain.”
“Sistemnya berat sebelah, tak semua pasukan boleh layak ke kejohanan sebenar nanti.”
“Di Eropah, jurang antara pasukan utama dengan yang lain-lain cukup ketara.”
Namun begitu, Mourinho sangat gemarkan pusingan kelayakan di zon Amerika Selatan yang dianggap sebagai mencabar.
“Di Amerika Selatan, mereka menggangap pusingan kelayakan itu lebih serius.”
“Pasukan kuat dan pasukan biasa akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menang.”
“Jika pasukan biasa itu tidak mampu menang pun, mereka akan beri cabaran dan kesusahan kepada pasukan kuat untuk menang.”
Peringkat kelayakan di Amerika Selatan menjadi kompetitif kerana kesemua 10 negara di benua tersebut bermain dalam satu liga untuk ke Piala Dunia.
4 pasukan teratas akan terus ke pusingan seterusnya manakala tempat ke-5 akan pergi ke pusingan play-off.
Di Eropah pula, pasukan kebangsaan di Eropah akan ditempatkan di dalam beberapa kumpulan yang menyaksikan juara kumpulan akan mara ke pusingan akhir dan naib juara ke peringkat play-off.
Adakah anda terhibur melihat pusingan kelayakan Piala Dunia? Nyatakan di ruangan komen.
Baca juga: Maradona Akan Jumpa Infantino Kerana ‘Teddy Bear’ Digantung 4 Perlawanan