Belgium Diikat Greece, Roberto Martinez Kutuk Taktikal Lawan Dan Kecewa Dengan Padang

Belgium diikat Greece 1-1 di tempat sendiri dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan H Zon Eropah.

Roberto Martinez jelas tidak berpuas hati dan menyalahkan pendekatan taktikal Greece yang terlalu fizikal.

Pasukan serba bintang, Belgium beraksi tanpa Eden Hazard dan Kevin De Bruyne, namun mereka masih pasukan yang kuat.

Mereka masih memiliki Axel Witsel, Dries Mertens, Fellaini, Nainggolan, Carasco, Lukaku dan ramai lagi dalam skuad mereka.

Ini kesebelasan utama.

Lihat pula senarai pemain simpanan Belgium.

Roberto Martinez melabel taktikal Greece sebagai hodoh dan terlalu fizikal. Martinez juga menjadikan keadaan padang mereka sebagai alasan pemain-pemain beliau gagal memberikan aksi terbaik.

Greece mendahului menerusi Kostas Mitroglu pada minit ke-46. Pasukan pelawat dikurangkan kepada 10 pemain selepas Tacthsidis dibuang padang pada minit ke-65.

Belgium bergelut untuk mendapatkan gol dalam perlawanan ini. Mereka menguasai 71% perlawanan. 17 cubaan gol namun hanya 5 cubaan tepat.

Romelu Lukaku menyamakan kedudukan lewat perlawanan pada minit ke-89. Satu lagi kad merah untuk pemain Greece pada masa kecederaan.

Kali ini Georgios Tzavellas pula dibuang padang.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Martinez berkata:

“Saya ada emosi bercampur. Banyak perkara yang mengecewakan, termasuk keadaan padang. Mujurlah kami dapat mengelak daripada kalah.”

“Aksi kami hari ini tidak cukup bagus untuk bermain di tempat sendiri. Tetapi Greece bermain hodoh sekali, sangat fizikal.”

Martinez turut menggariskan isu ketiadaan bintang utama pasukan mereka antara sebab mereka gagal menang.

“Sudah pastinya kami merindui Hazard dan De Bruyne.”

“Pasukan lain pun akan terasa jika kehilangan pemain utama, bukan kami sahaja.”

Keputusan ini masih meletakkan Belgium di tangga teratas kumpulan H, manakala Greece masih kekal mengekori mereka di tangga ke-2.

Persaingan kumpulan H kini hanya tertumpu kepada 3 negara iaitu, Belgium, Greece dan Bosnia Hezergovinia.

Baca juga: Rangkuman Kelayakan WC2018: Bulgaria 2 Belanda 0, Robben Anggap Ini Mimpi Ngeri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN