Arjen Robben jelas kecewa dengan kekalahan 2-0 di tangan Bulgaria dan melabel ia sebagai mimpi ngeri.
Skuad The Oranje hanya menjadi saksi kehebatan pemain kelab Pogon Szczecin iaitu Spas Delev.
Delev menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini. Delev memberikan malam derita untuk pemain pertahanan muda 17 tahun Belanda, Mathijs De Ligt yang diberikan debut.
Kesilapan De Light terus dihukum oleh Delev untuk gol pertama. Gol kedua adalah menerusi cubaan dari luar kotak penalti.
Selepas perlawanan, kapten Arjen Robben memberikan komen pedas dan sangat kecewa. Beliau berkata:
“Apa lagi yang anda nak kata? Ini adalah mimpi ngeri.”
“Kami datang ke sini dengan penuh tumpuan. Saya sangat positif sebelum perlawanan ini.”
“Aksi separuh masa pertama sangat mengecewakan.”
Arjen Robben enggan menyalahkan De Light seorang selepas prospek Ajax tersebut terperangkap dengan hantaran lambung dari jauh pada separuh masa pertama.
Robben menambah:
“Terlalu banyak benda yang kami buat tak kena hari ini. Kita tidak boleh menuding jari kepada seorang sahaja.”
“Itu tidak akan mengubah keputusan. Kami kalah di sini, itu kenyataan yang perit.”
“Jika kami bermain baik, kami akan menang di sini. Tetapi, kami tidak bermain permainan yang buruk pun. Cuma hari ini hari yang teruk untuk kami.”
Kekalahan ini membuatkan Belanda berada di tangga ke-4 dalam kumpulan A. 6 mata di belakang Perancis. Dipisahkan 3 mata daripada Sweden yang berada di kedudukan play-off.
Belanda pastinya tidak mahu terlepas penerbangan ke Russia selepas teruk dihentam kerana gagal mara ke Euro 2016 selepas cemerlang menamatkan Piala Dunia Brazil di tangga ke-3.
Baca juga: Komen Netizen Terhadap Perlantikan Subahan Kamal Sebagai Timbalan Presiden