Seamus Coleman Patah Kaki Dalam Perlawanan Kelayakan Piala Dunia

Kapten Republik Ireland, Seamus Coleman patah kaki dalam perlawanan menentang Wales di Stadium Aviva yang berkesudahan 0-0.

Pertahanan Everton itu diberikan bantuan oksigen ketika diusung keluar dari padang.

Kaki beliau patah kerana terjahan daripada Neil Taylor yang turut dibuang padang kerana insiden pada separuh masa kedua itu.,

Ia adalah satu kemalangan yang merisaukan peminat Ireland. Coleman telah menjadi pemain penting Ireland.

Pengurus Ireland, Martin O’Neil memberitahu media bahawa kecederaan Coleman adalah teruk. O’Neil juga menyatakan beliau berkongsi kesedihan ke atas malang yang menimpa Coleman.

Republic of Ireland’s Seamus Coleman holds his leg after a challenge from Wales’ Neil Taylor during the 2018 FIFA World Cup Qualifying, Group D match at the Aviva Stadium, Dublin. PRESS ASSOCIATION Photo. Picture date: Friday March 24, 2017. See PA story SOCCER Republic. Photo credit should read: Niall Carson/PA Wire. RESTRICTIONS: Editorial use only, No commercial use without prior permission.

O’Neil berkata:

“Seamus dikejarkan ke hospital, dan doktor mengesahkan kakinya patah.”

“Jelas sekali ini adalah sesuatu yang sukar diterima beliau. Beliau bermain dalam prestasi terbaik dalam hidup beliau di peringkat kelab.”

“Seamus adalah pemain nama besar untuk kami. Seorang kapten yang hebat dan berkarakter,”

“Ia kehilangan yang besar untuk Everton. Ia kehilangan yang besar untuk kami juga. Tetapi saya yakin beliau akan berjuang daripada kecederaan ini.”

Pengurus Wales, Chris Coleman terkejut dan besedih dengan apa yang menimpa Seamus Coleman.

Chris Coleman berkata:

“Paling penting buat masa ini adalah Seamus Coleman. Kami diberitahu keadaan beliau tidak begitu baik dan kami berasa sedih mendengarnya.”

Neil Taylor bukan pemain yang kotor, dan ia detik yang sukar untuk Seamus. Kami berkongsi simpati dengan beliau.”

Baca juga: TMJ Diisytihar Presiden FAM Baharu, Subahan & Yusoff Mahadi Jadi Timbalan Presiden

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN