Rantaian berlima (chain of five) adalah satu organisasi pertahanan yang biasanya dibentuk dengan sistem bek bertiga yang mana bek sayap diturunkan ke bawah.
Sistem yang digunakan oleh Selangor pada musim ini yang memberikan banyak masalah kepada pasukan lawan mereka.
Pasukan lawan mereka buntu untuk memecahkan unit yang stabil dan ramai dalam formasi 5-4-1.
Memang banyak pasukan yang buntu untuk mengatasi masalah ini. Namun untuk Joachim Loew beliau ada cara yang tersendiri.
Anda pasti masih ingat betapa berkesannya Jerman ketika menentang Itali dalam Piala Eropah yang lalu.
Dalam perlawanan menentang England tempoh hari, Gareth Southgate turun dengan formasi 3-4-3.
Ini telah mewujudkan rantaian berlima dalam formasi 5-3-2 ketika bertahan. Yang pasti England bermain sangat baik dalam formasi ini.
Joachim Loew mengambil pendekatan untuk memperbanyakkan gerakan turun ke bawah (drop deep) di kawasan half-space.
Kesulitan untuk memecahkan rantaian berlima
Masalah yang kerap dihadapi oleh pasukan yang cuba memecahkan pertahanan dengan rantai berlima adalah kegagalan untuk memecahkan struktur.
5 pemain berada dalam 5 koridor utama (flank kiri, halfspace kiri, tengah, halfspace kanan, flank kanan). Lihat rajah di bawah ini, bagaimana binaan 5-3-2 ketika bertahan. Sangat padat dan sukar untuk dipecahkan.
Ada pasukan yang terpaksa pergi ke sisi padang dan terpaksa berpatah balik kerana buntu. Mereka sukar melakukan hantaran lintang kerana 2 pertimbangan utama:
1. Sukar melepaskan hataran
2. Hantaran lintang mungkin sia-sia kerana ramai pertahanan lawan yang besar
Apa yang dilakukan oleh Joachim Loew ketika menentang England?
Joachim Loew mengarahkan ada gerakan yang aktif di zon halfspace. Ianya mirip peranan pemain no.10 di zon 14.
Namun ia dilakukan di zon halfspace.
Jika anda suka akan peranan 9 jadian oleh Messi yang turun ke bawah untuk menerima bola dan mencipta ruang, inilah yang dilakukan Jerman di koridor halfspace tersebut.
Sekarang anda bayangkan visual ini dilakukan di halfspace.
Taktikal yang sama digunakan Loew ketika menentang Itali pada Piala Eropah yang lalu. Beliau meletakkan seorang pemain di halfspace untuk menarik pemain keluar.
Idea ini untuk memecahkan ruang di antara bek tengah sisi (kanan atau kiri) dengan bek sayap. Ketika ruang itu dibuka, seorang pemain akan masuk ke zon itu dan pemain lain akan memberikan sokongan.
Pemain yang berada di halfspace memang agak sukar untuk dikawal kerana mereka berada di celah-celah bek tengah dan bek sisi.
Itulah serba sedikit perkongsian kami tentang cara bagaimana untuk memecahkan rantaian berlima.
Ia perlu dilakukan dengan ketajaman hantaran dan gerakan dengan kadar segera. Kemampuan pemain untuk bergerak pada masa yang segera dalam ruang yang sempit sangat penting.
Memang bukan satu tugas mudah untuk memecahkan rantai berlima lebih-lebih lagi jika pasukan yang sangat padat dengan 2 lapisan di belakang.
Baca juga: Analisis Taktikal UCL: Taktikal High Pressing Barcelona Hampakan Taktikal Defensif PSG