Adakah Alexandre Lacazette Bakal Sertai Atletico Madrid Musim Hadapan?

Adakah Alexandre Lacazette bakal menyertai gergasi Sepanyol, Atletico Madrid pada musim hadapan?

Penyerang Olympique Lyonnais dan juga skuad kebangsaan Perancis itu dikhabarkan bakal menandatangani kontrak bersama-sama dengan kelab Sepanyol itu.

Sukar untuk melepaskan

Namun begitu, usaha Atletico Madrid untuk mendapatkan beliau dijangka sedikit sukar kerana desakan dari kelab Olympique Lyonnais yang nyata sukar untuk melepaskan pemain itu.

Hal ini kerana, kelab Perancis itu mahukan sekurang-sekurangnya €40 juta untuk membolehkan kelab tersebut membuka meja perbincangan dengan mana-mana pihak yang mahukan khidmat pemain tersebut.

Permintaan Olympique Lyonnais itu ternyata jelas kerana mereka mahukan bayaran yang semaksima mungkin jika mereka ingin lepas pemain terbaik mereka.

Antoine Griezmann

Dalam masa yang sama, rakan senegara Lacazette iaitu Antoine Griezmann juga memainkan peranan dalam ‘memujuk’ Lacazette untuk menyertai Atletico Madrid.

Hasilnya, pihak Atletico Madrid telah bertemu dengan Lacazette dan juga agennya di rumah beliau tempoh hari.

Perjumpaan tersebut menyaksikan Lacazette dengan wakil Atletico Madrid membincangkan pengenai persetujuan untuk menyertai kelab tersebut pada musim hadapan.

Namun begitu, jika Atletico Madrid berjaya mendapatkan persetujuan daripada Lacazette sekali pun, mereka perlu berhadapan dengan satu masalah lain.

Masalah tersebut adalah halangan yang dikenakan kepada Atletico Madrid oleh FIFA dari melakukan sebarang pembelian pemain.

Akan tetapi, Atletico Madrid akan merayu kepada pihak FIFA untuk mengurangkan halangan tersebut agar mereka boleh membeli pemain baharu pada musim panas nanti.

Jadi, adakah Lacazette akan menjadi pemain Atletico Madrid musim hadapan?

Baca juga: Ranocchia Dedah Rindu Makanan Itali, Tak Nampak Matahari Sejak Main Di England

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN