Jurulatih Sevilla, Jorge Sampaoli sudah mengangkat bendera putih untuk persaingan La Liga. Ianya selepas Sevilla tewas 3-1 di tangan Atletico Madrid.
Dalam perlawanan awal pagi tadi, Sevilla ketinggalan 3 gol di belakang hasil 2 gol oleh Griezmann dan 1 gol oleh Koke.
Sevilla hanya mampu menjaringkan 1 gol lewat. Ianya menerusi Joaquin Correa pada minit ke-85.
Tekanan jelas terpancar di wajah pemain-pemain Sevilla dalam perlawanan ini.
Kekalahan itu menjarakkan Sevilla 8 mata di belakang pendahulu liga, Real Madrid. Jorge Sampaoli mengakui sudah memberikan amaran awal kepada kem Sevilla.
Mereka perlu menang setiap baki perlawanan untuk kekal bersaing dengan Real Madrid dan Barcelona.
Kini Sevilla berada di tangga ke-3 dan hanya 2 mata di atas Atletico yang berada di tangga ke-4.
Minggu yang sukar untuk Sevilla selepas tewas di tangan Leicester pada pertengahan minggu.
Kini mereka terpaksa menelan hakikat cabara kejuaraan liga mereka sudah berakhir. Sampaoli bercakap kepada wartawan selepas perlawanan.
Beliau berkata:
“Ini kekalahan pertama kami dalam 9 perlawanan terakhir. Secara logiknya persaingan kejuaraan liga kami sudah berakhir.”
“Misi kami sekarang adalah untuk layak ke UCL secara automatik.”
“Ia perkara biasa apabila anda gagal mendapatkan apa yang anda inginkan iaitu kemenangan, keadaan di bilik persalinan sedikit suram.”
“Kami terpaksa menelan kepahitan ini dan cuba untuk mencari penyelesaian.”
Baca juga: TMJ: “Apa Sebenarnya Yang Penyokong JDT Mahukan?”