Lionel Messi kecewa dengan apa yang terjadi dengan dunia hari ini – terutamanya di Syria.
Untuk pengetahuan anda, hari ini genap 6 tahun perang saudara berlaku di Syria.
Beliau baru-baru ini mengeluarkan kekecewaan mengenai apa yang berlaku di negara tersebut mengenai peperangan yang meragut banyak nyawa.
Desak perang dihentikan
Messi yang merupakan duta bagi UNICEF meluahkan kekecewaannya mengenai peperangan yang tiada henti apabila memberikan mesej jelas di laman sosialnya.
Di laman Facebooknya, Messi memberikan mesej jelas kepada seluruh peminat beliau khasnya dan rakyat di dunia ini amnya yang segala perang harus dihapuskan.
Beliau mendesak agar segala masalah yang menimpa di Syria dihapuskan dengan segara.
Hal ini kerana, beliau nyata kecewa dengan nasib yang menimpa kanak-kanak di Syria yang terkesan dari segi mental, kelaparan dan juga kehilangan ahli keluarga tersayang kerana akibat perang.
“Peperangan ini sudah melampaui batasnya.”
“Kanak-kanak di Syria telah dijadikan sebagai subjek kepada keganasan dan juga kekejaman untuk 6 tahun lamanya di dalam konflik ini sebagai tebusan.”
Messi juga nyata kecewa dengan perkara ini, hal ini kerana beliau yang merupakan seorang ayah turut merasai pedihnya apabila menyaksikan keganasan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa.
“Sebagai seorang ayah dan juga duta kepada UNICEF, jelas sekali saya kecewa.”
Seperti manusia biasa yang lain, kami juga di Semuanya BOLA turut mahu segala peperangan di dunia ini dihentikan.
Kita semua berhak hidup dalam keadaan aman dan damai lagi sejahtera.
Baca juga: Lukaku Tidak Sambung Kontrak Di Everton, Ke Mana Destinasi Seterusnya?