Michael Essien Sah Sertai Kelab Indonesia Persib Bandung

Michael Essien sertai Persib Bandung yang merupakan kelab bola sepak terulung di Indonesia.

Beliau yang terkenal sebagai pemain yang pernah beraksi di kelab-kelab utama Eropah seperti Chelsea, Real Madrid dan AC Milan menyertai kelab tersebut dengan kontrak setahun.

Hadiah terbaik

Essien yang kini berusia 34 tahun hadir ke Persib Bandung dengan reputasi besar sebagai marquee player buat kelab tersebut.

Kehadiran beliau ini bukan sahaja memberikan satu lonjakan besar buat Liga Indonesia secara amnya, tetapi buat Persib Bandung khususnya.

Hal ini kerana ia akan menaikkan nilai publisiti Persib Bandung dan juga nilai komersial liga itu sendiri kerana kehadiran pemain-pemain yang dikenali di seluruh dunia.

Beliau hadir tepat pada waktunya. Hal ini kerana, Essien hadir ketika Persib Bandung ketika mereka sedang menyambut ulang tahun penubuhan mereka yang ke-84.

Essien bakal menyarung jersi nombor 5 untuk pasukan tersebut.

Gambar: Pikiran Rakyat

Seperti yang kami katakan di awal artikel, Essien menandatangani kontrak bersama Persib Bandung untuk 1 tahun sahaja.

Namun begitu, Persib Bandung mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak beliau tetapi ia bergantung kepada prestasi beliau bersama pasukan baharunya itu.

Persib Bandung itu merupakan antara pasukan terulung di Indonesia dengan gelaran liga mereka yang terakhir dicapai adalah pada 2014 apabila menjuarai Liga 1 Indonesia.

Mereka juga pernah merangkul 5 gelaran bagi liga Perserikatan yang merupakan liga amatur peringkat nasional di Indonesia sebelum liga profesional diperkenalkan.

Baca juga: Sayangnya Beckham Kepada Sukan Ini, Tangisan Iringi Perlawanan Terakhir Beliau

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN