Lyon Jadi Kelab Pertama Perancis Tubuhkan Pasukan E-Sukan Sendiri

Olympique Lyonnais atau Lyon merupakan antara kelab terulung di Perancis.

Mereka kini merupakan kelab pertama di Perancis yang melancarkan pasukan e-sukan mereka untuk bersaing di peringkat dunia.

China

Pasukan e-sukan Lyon ini ditubuhkan dengan menyaksikan pasukan yang ditubuh untuk pasukan FIFA Online 3.

Mereka menggunakan China sebagai pangkalan mereka untuk menguatkan pasukan mereka.

Pasukan mereka itu terdiri daripada 4 pemain e-sukan dari China iaitu, Jianfeng Sun, Di Song, Qingmu Xu dan Rui Feng.

“Ia merupakan satu tindakan inovatif dari Lyon untuk menjadi kelab Perancis pertama yang ada pasukan e-sukan sendiri.”

“Ia merupakan satu lagi kejayaan selepas kami menjadi kelab pertama di Perancis yang tersenarai di bursa saham dan juga sebagai kelab pertama yang memiliki sepenuhnya stadium sendiri.”

Pihak Lyon juga berkata mereka bertujuan untuk meluaskan lagi pengaruh mereka di seluruh dunia dengan mewujudkan pasukan e-sukan mereka sendiri.

“Kami mahu meluaskan pengaruh kami dalam masa yang sama mendekatkan kelab kepada komuniti Lyon di seluruh dunia.”

Kelab luar pertama

Pasukan e-sukan Lyon juga kini menjadi kelab luar pertama dari China untuk menyertai kejohanan FSL League yang merupakan kejohanan e-sukan terulung di China.

Ia merupakan sebagai salah satu strategi kelab untuk mengukuhkan nama Lyon di China serta memajukan industri e-sukan yang cukup gah di rantau Asia.

Selain itu juga, Lyon juga ingin menjadi kepada penyumbang terhadap kemajuan bola sepak dan juga industri e-sukan di China yang kini sedang pesat membangun.

Mereka kini mahu menjadi sebahagian daripada norma bola sepak moden yang kini menggabungkan bola sepak tradisional dengan dunia e-sport yang kini semakin meningkat naik.

Baca juga: Dokumentari Ringkas, Perjalanan Karier Mesut Ozil Pada Usia Muda

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN