Lupakan Memphis Depay di Manchester United. Dan tumpukan perhatian anda kepada Memphis Depay yang kini bermain untuk Olympique Lyon.
Dalam perlawanan menentang Toulouse semalam, Depay menjaringkan gol sensasi tak jauh dari garisan tengah padang (berjarak 50 ela) untuk membantu Lyon menang 4-0. Depay menjaringkan 2 gol dalam kemenangan tersebut.
Gol ini mengingatkan kami kepada gol David Beckham (vs Wimbledon) dan Philip Cocu (vs NAC Breda).
Menurut Depay, ini bukan kali pertama beliau mencuba aksi sensasi ini.
“Saya pernah cuba buat rembatan ini beberapa tahun lepas. Tapi ia hanya singgah ke palang. Saya nampak penjaga gol mereka keluar dari garisan golnya. Jadi saya pun mencubalah.”
Pengurus Lyon, Bruno Genesio memberitahu wartawan bahawa Depay adalah jenis pemain yang tetap akan mencuba rembatan tersebut walaupun keputusan masih 0-0.