Kazuyoshi Miura Pecah Rekod Dunia, Jadi Penjaring Tertua Di Usia 50 Tahun

Kazuyoshi Miura memecahkan rekod dunia yang telah lama tidak dipecahkan apabila menjaringkan gol semalam untuk pasukannya – Yokohama FC.

Beliau menjadi pemain tertua untuk menjaringkan gol untuk dalam saingan bola sepak kompetitif untuk memecahkan rekod yang dipegang oleh lagenda England – Sir Stanley Matthews.

Wira pasukan

Rekod yang dicipta oleh Miura itu hadir ketika aksi J-League 2 melibatkatkan pasukannya menentang Thespa Kusatsu.

Beliau yang berusia 50 menjadi pemain tertua yang menjaringkan gol dalam perlawanan kompetitif.

Lebih manis gol beliau merupakan gol tunggal dan gol kemenangan buat pasukannya!

Gol itu terhasil selepas beliau melakukan percubaan jarak dekat dengan merembat kencang bola itu ke dalam jaring.

Miura atau dikenali sebagai Kazu, sangat gembira dengan pencapaiannya itu.

Beliau melepasi rekod yang dipegang oleh Sir Stanley Matthews sejak 1965, ketika Matthews menjaringkan gol beliau berusia 50 tahun 5 hari.

Ketika itu, beliau menjaringkan gol untuk Stoke City ketika menentang Fulham.

Miura berjaya memecahkan rekod tersebut dengan menjadi pemain tertua menjaringkan gol dengan berusia 50 tahun 14 hari ketika beliau menyumbat gol tersebut.

“Saya sentiasa membantu pasukan untuk menang. Saya selalu cuba untuk jaringkan gol dan rasa perlawanan inilah masanya.”

Miura kini dalam musim ke-32 sebagai pemain profesional, musim pertama beliau adalah pada tahun 1986 dengan menyarung jersi Santos di Brazil.

Kini di usia 50 tahun, beliau masih lagi gagah beraksi di padang bersama-sama dengan pasukannya Yokohama FC.

Hidupkan semula saat bersejarah Miura dengan menyaksikan gol beliau di bawah ini:

https://www.youtube.com/watch?v=k32JCfUN5l8

Baca juga: Deportivo La Coruna Cipta Kejutan, Kalahkan Barcelona Di Tempat Sendiri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN