Isu Gelanggang Berkecuali Korea Utara-Malaysia: AFC Umum Keputusan Khamis Ini

Isu mengenai perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan juga Malaysia mula mendapat respon apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghantar surat kepada pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Pihak FAM telah mengemukakan surat kepada pihak AFC berhubung hasrat untuk mengubah lokasi perlawanan antara Korea Utara dan juga Malaysia ke satu gelanggang berkecuali.

Hal ini kerana kerajaan Malaysia telah pun menghalang mana-mana rakyat Malaysia untuk pergi ke Korea Utara ketika ini selepas insiden pembunuhan ahli keluarga tiri pemimpin Korea Utara – Kim Jong-Un.

Duta Korea Utara ke Malaysia telah pun dihalau pulang ke negara asal serta duta Malaysia ke Korea Utara pun sudah kembali ke tanah air.

Perkara menjadi semakin rumit selepas pihak Korea Utara menghalang mana-mana rakyat Malaysia yang sudah ada di negara tersebut untuk keluar dari kawasan tersebut.

Keputusan diumum Khamis

Berbalik kepada permohonan pihak FAM kepada pihak AFC, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin telah pun menghantar surat kepada pihak AFC – menurut Berita Harian Online.

“Pagi tadi saya ada berhubung dengan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John dan jawapan balas mengatakan ia akan diputuskan dalam masa terdekat.”

“Beliau berkata jawapan akan diumumkan dalam masa terdekat dan dijangka pada hari Khamis.”

Menurut Hamidin lagi, pihak FAM tak akan mendahului pihak AFC dalam urusan penentuan lokasi perlawanan ini.

Baca juga: Kenapa Memecahkan Zon 14 (Tight Area) Penting Dalam Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN