Bruno Suzuki adalah pemain kelahiran Brazil yang dibersarkan di Jepun. Beliau memiliki rekod pembangunan bola sepak yang sangat baik sejak dari kecil.
Profail
Nama: Bruno Junichi Suzuki Castanheira
Tarikh lahir: May 20, 1990 (Castanhal, Brazil)
Tinggi: 1.75m
Kewarganegaraan FIFA: Jepun-Brazil
Posisi: Penyerang utama
Kaki prima: Kanan
Kelab semasa: Negeri Sembilan FA
Cemerlang setakat ini
Kempen cemerlang Negeri Sembilan pada awal musim ini sangat sinonim dengan Bruno Suzuki.
Goalscoring form yang konsisten telah membantu Negeri Sembilan menang 7 daripada 7 perlawanan pertama Liga Premier 2017.
Bruno Suzuki adalah target man yang sangat berbisa. Memiliki teknik penyudah yang klinikal termasuk kemampuan untuk menjaringkan gol melalui tandukan.
Karier
Bruno Suzuki adalah pemain yang bermain di penyerang utama dan tipikal target man di dalam pasukan.
Bruno Suzuki memulakan karier dengan Albirex Niigata pada 2009. Untuk menyokong pembangunan karier beliau, Albirex telah meminjamkan Bruno Suzuki ke beberapa kelab.
Beliau kemudian menyertai sebuah lagi francais Albirex Niigata di Asia Tenggara iaitu, Albirex Niigata Singapura.
Kegagalan untuk mendapat kontrak dengan pasukan utama membuatkan Bruno Suzuki memutuskan untuk kekal di Singapura.
Namun beliau telah menyertai Geylang International pada 2015. Hanya semusim di Geylang, Bruno menyertai Gifu pada musim seterusnya.
FC Gifu adalah pasukan yang bermain di J2-League Jepun. Selepas tamat kontrak dengan Gifu, beliau memutuskan untuk kembali ke Asia Tenggara.
Brazilian Samurai di Seremban
Kali ini beliau menyertai pasukan Negeri Sembilan yang dalam proses untuk membentuk pasukan yang boleh mara ke Liga Super 2018.
Ini selepas musim lalu, pasukan Negeri Sembilan terkena sindrom lemau di separuh kedua musim.
Beliau sudah masak dengan bola sepak Asia Tenggara, cuaca dan masyarakat di sini.
Mungkin inilah sebab kenapa Bruno Suzuki cepat menyesuaikan diri dengan keadaan di sini.
Bruno Suzuki cepat menjadi pemain kesayangan para penyokong Negeri Sembilan kerana konsistensi yang ada setakat ini.
Beliau juga boleh mengubah nasib pasukan beliau dengan seorang diri.
Bruno Suzuki adalah bahan terbaik untuk membentuk resepi terbaik. Untuk bersaing dalam kejuaraan liga, anda harus memiliki pasukan yang ada tipikal 15 gol semusim dalam konteks liga kita.
Rasanya, Bruno Suzuki adalah jenis pemain yang boleh menggalas tag ini. Beliau baru berusia 26 tahun dan ia adalah usia terbaik untuk penyerang.
Sama ada mereka sedang berada dalam kemuncak ataupun sedang menuju kemuncak (peak).
Baca juga: Brian Ferreira: Pengganti Jorge Pereyra Diaz Di JDT