10 Pemain Muda Kedah (Bawah-23) Berpotensi Besar Yang Perlu Anda Kenal

Pemain muda Kedah beruntung kerana sejak dari dulu lagi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sentiasa menyokong polisi penggunaan pemain muda dalam pasukan senior.

Maka tak hairanlah Kedah dikenali oleh peminat bola sepak Malaysia sebagai ‘kilang penghasilan’ pemain muda berbakat untuk skuad kebangsaan.

Kami menyenaraikan 10 pemain muda Kedah berbakat besar (selain Farhan Roslan yang sudah terkenal) ketika ini untuk anda kenal.

1. Syafiq Ahmad

Photo by Norazmi Ibrahim / www.asiana.my

Tarikh lahir: 28 Jun 1995 (21 tahun)
Asal: Sungai Ara, Pulau Pinang
Posisi: Penyerang

Dilahirkan di Pulau Pinang tetapi membesar di Kedah, Syafiq Ahmad merupakan produk Sekolah Sukan Negeri (SSN) Kedah (SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman).

Mula dipromosi ke skuad senior Kedah pada musim 2015 bersama Farhan Roslan dan Syazwan Tajudin, Syafiq kerap diberikan peluang bermain – sebagai penyerang gantian – oleh Tan Cheng Hoe.

2. Syazwan Tajudin

Tarikh lahir: 7 Januari 1994 (22 tahun)
Asal: Alor Setar, Kedah
Posisi: Pertahanan (tengah, kanan, kiri), defensive midfielder

Kerap diusik rakan sepasukannya kerana begitu disayangi Tan Cheng Hoe sehingga mendapat nama panggilan ‘Syazwan Tan’, pertahanan versatil ini merupakan pemain utama Kedah dalam kempen Liga Perdana 2015 – di mana Kedah bergelar juara liga.

Bagaimanapun perkembangan karier Syazwan terganggu seketika angkara kecederaan ACL pada April 2016. Kecederaan beliau kini sudah pulih.

3. Abdul Halim Saari

Sumber: Sinar Harian

Tarikh lahir: 14 November 1994 (22 tahun)
Asal: Kulim, Kedah
Posisi: tengah

Bagi pemain muda yang biasa, mereka mungkin akan terkulai jika Tan Cheng Hoe meminta mereka mengubah nasib pasukan ketika final Piala Malaysia. Di depan 80,000 penyokong pula. Tetapi Abdul Halim Saari bukan pemain muda biasa-biasa.

Sebaik adik Ahmad Fauzi Saari ini dimasukkan, Kedah terus mengubah nasib Kedah seperti yang dilaporkan dalam analisis taktikal kami untuk perlawanan ini.

4. Ariff Farhan

Sumber: Official Kedah FA

Tarikh lahir: 14 Julai 1996 (20 tahun)
Asal: Pokok Sena, Kedah
Posisi: tengah, pertahanan (kiri, kanan)

Ketika kami menemuramah Liridon Krasniqi tentang 11 pemain idamannya, Ariff Farhan masuk dalam senarai pemain paling digemari tonggak import Kedah tersebut.

Mula mencipta nama selepas memecah rekod Hariss Harun sebagai pemain termuda yang bermain di S-League (16 tahun) ketika beraksi bersama Harimau Muda A, Ariff kini berpeluang mencipta nama bersama skuad senior Kedah pula.

5. Asri Mardzuki

Sumber: The Star Online

Tarikh lahir: 12 Mei 1994 (22 tahun)
Asal: Sik, Kedah
Posisi: bek kiri

Asri Mardzuki merupakan produk skuad Harimau Muda A yang bersaing dalam S-League pada musim 2015. Kental bertahan, pemain muda Kedah ini juga mempunyai teknik sepakan percuma yang bagus.

Peminat bola sepak tempatan mungkin lebih mengingati aksi kurang memberansangkannya menentang Azamuddin Akil ketika Piala Sumbangsih 2017. Sejak perlawanan tersebut, tempatnya diambil alih oleh Fitri Omar. Tetapi Asri masih mempunyai masa untuk membuktikan kemampuannya.

6. Osman Yusoff

Sumber: Terengganu Times

Tarikh lahir: 17 Mac 1994 (22 tahun)
Asal: Alor Setar, Kedah
Posisi: pertahanan tengah

Produk skuad Piala Presiden Kedah ini merupakan salah seorang daripada 4 pemain muda Kedah yang dipilih menjalani latihan di Cardiff City FC semasa Januari 2015.

Sekembalinya beliau dari Cardiff, Osman disuruh oleh Tan Cheng Hoe untuk menggantikan Bang Seung-Hwan yang digantung 2 perlawanan semasa kempen Piala Malaysia 2015. Persembahan bagusnya mendapat perhatian media (dan Nurshahrul Idlan Talaha yang pernah bertindak memijak kakinya selepas frust dikawalnya).

7. Syawal Nordin

Gambar oleh: Rizanizam/asiana.my

Tarikh lahir: 25 Mac 1993 (21 tahun)
Asal: Baling, Kedah
Posisi: pertahanan tengah

Baru berusia 21 tahun, bekas kapten Harimau Muda A ini sudah pun memaksa kapten Kedah, Khairul Helmi Johari memanaskan bangku simpanan selepas berjaya meyakinkan Tan Cheng Hoe untuk menjadi pemain kesebelasan utama.

Turut dikurniakan bakat kepimpinan, Syawal turut dilihat sebagai pewaris jawatan kapten Kedah. Malah Tan Cheng Hoe turut pernah menjadikan beliau kapten Kedah dalam beberapa perlawanan pra-musim tahun ini.

8. Syazuan Hazani

Sumber: Official Kedah FA

Tarikh lahir: 27 Jun 1994 (22 tahun)
Asal: Langkawi, Kedah
Posisi: penyerang

Jarang-jarang bakat Kedah datang dari Langkawi. Tetapi Syazuan Hazani atau mesra dipanggil Boy adalah salah satunya.

Mula mengasah bakat bersama skuad Piala Presiden ATM sebelum pulang ke Kedah, Tan Cheng Hoe menyedari potensi pemain muda Kedah ini dengan mempromosinya ke skuad utama pada musim 2016.

Firasat Cheng Hoe mungkin betul kerana Syazuan membuktikannya dengan menjaringkan gol ketika perlawanan persahabatan Kedah menentang pasukan Chinese Super League – Hebei Fortune.

9. Hanif Mat Dzahir

Sumber: Football Malaysia LLP

Tarikh lahir: 15 Januari 1994 (22 tahun)
Asal: Sungai Tiang, Kedah
Posisi: tengah

Pemain muda Kedah ini juga merupakan produk SSBJ. Mula mengasah bakat bersama skuad Harimau Muda C dan B, Hanif Mat Dzahir kemudiannya dipromosikan ke skuad senior oleh Tan Cheng Hoe semasa kempen Liga Perdana 2015.

Kini dengan kehadiran Amirul Hisyam dan Akram Mahinan di tengah, Hanif mendapati peluang bermainnya agak terhad.

10. Akhyar Rashid

Sumber: Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah –

Tarikh lahir: 1 Mei 1999 (18 tahun)
Asal: Alor Setar, Kedah
Posisi: sayap

Ketika ini produk SSN Kedah (SMK Tengku Anum Tunku Abdul Rahman) ini dikenali kerana statusnya sebagai adik Rafdi Rashid, penyerang lagenda Kedah era lewat 90-an.

Tetapi jika Akhyar berjaya memnuhi potensi besarnya, pemain muda Kedah ini pasti mampu mencipta namanya sendiri. Pernah dihantar oleh Kedah untuk berlatih di Cardiff City FC seawal usia 15 tahun, Akhyar kini bermain dalam skuad Piala Presiden Kedah.

Sebagai galakan dan motivasi, Tan Cheng Hoe baru-baru ini pernah menjemput Akhyar untuk berlatih dengan anggota skuad senior. Ia satu penghormatan besar bagi prodigi sayap kiri ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN