Perang Manifesto TMJ vs TSAM, Ini Penilaian Awal Berdasarkan 4 Aspek Utama

1-2 hari kebelakangan ini adalah hari yang menarik bagi peminat bola sepak tempatan.

Sehari selepas TMJ mengadakan pertemuan dengan sebilangan daripada mereka di Grand Hyatt, TSAM pula mengeluarkan idea kasar manifestonya.

Baca juga: Annuar Musa Bentang Manifesto, Mahu Wujudkan ‘Financial Fair Play’ Dalam Liga Malaysia

Baca juga: TMJ Mahu ‘Bersihkan’ FAM, Ingin Beri Mandat Kepada Rakyat Untuk Pilih Presiden

Saya cuba bezakan corak pemikiran dua calon ini menerusi perbandingan manifesto mereka.

1. Spesifik vs holistik

Pada pendapat aku, TMJ pun masih figure out manifestonya sendiri. Baginda dah ada specific core issues yang nak diselesaikannya. Iaitu memperbetulkan FAM.

Maka tak hairanlah baginda menyebut tentang:

  •  penggubalan perlembagaan FAM
  •  pengkhususan tugas exco FAM
  •  pemberian kuasa kepada penyokong dalam FAM
  •  konsistensi dalam jawatankuasa status & disiplin FAM
  • gesaan supaya FA negeri buat kerja sepatutnya

Tapi pada masa yang sama, baginda tidak mahu terlepas pandang beberapa aspek dalam kerangka lebih kecil seperti bola sepak pantai, futsal, bola sepak wanita dan bola sepak untuk OKU.

Malaysia Woman Futsal player, Steffi Kaur during friendly match against Felda United FC. Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Disebabkan itulah mungkin antara sebab utama baginda membuat perjumpaan tersebut.

TSAM juga sudah ada idea kasar manifestonya. Jika TMJ lebih obses kepada misi memperbetulkan FAM, manifesto TSAM pula lebih holistik (umum).

Sesuatu yang memang anda jangka dari seorang ahli politik yang berpengalaman. Jika kuasa memilih presiden diberi kepada penyokong, TMJ akan menang mudah.

Bukan sebab rekod baginda di JDT. Sebaliknya kerana asas manifestonya yang spesifik kepada  perkara yang menjadi perhatian utama peminat bola sepak iaitu FAM.

Tetapi kuasa memilih presiden terletak kepada ahli gabungan FAM. Dari perspektif mereka, manifesto TSAM jauh lebih menarik kerana tidak secara langsung memberikan impak kepada mereka.

2. Pembangunan Bakat Muda: Badan Bebas vs Kerajaan

Nak berjaya dalam bola sepak ni mudah je sebenarnya. Pastikan youth development negara anda kukuh, inklusif dan well-funded. Tadaa! Negara anda akan lahirkan pemain yang banggakan negara anda.

Hipotesis saya adalah:

Sekorup mana pun persatuan bola sepak negara anda, jika youth development anda bagus, bola sepak negara anda tetap akan jadi bagus.

(Sumber: NFDP Malaysia – PPBN)

Contohnya Korea Selatan, Brazil, Argentina dan negara-negara CONMEBOL yang lain. Persatuan bola sepak negara mereka korup.

Tapi disebabkan youth development structure mereka kukuh, inklusif dan well-funded, bola sepak mereka tetap hasilkan pemain yang bagus.

Dalam isu ni, TMJ mahukan FA negeri tumpu buat akademi dan anjurkan grassroot-level competitions.

Tapi TSAM mahu kerja ni jadi kerja kerajaan. Bermakna jadi kerja NFDP (dibawah KBS) lah.

Memandangkan TMJ nak bagi ahli gabungan FAM ni extra work (manakala TSAM pula mahu ringankan kerja mereka), manifesto TSAM jauh lebih menarik kepada mereka (ahli gabungan).

3. Menaikan mutu liga kita: Memperkasa pasukan

Dalam aspek ini, kedua-dua calon mengambil pendekatan hampir serupa iaitu memperkasakan pasukan berbanding FAM.

Kedua-dua calon jelas tak bersetuju dengan logik FAM yang perlu mendapat syer hak penyiaran kerana liga merupakan ‘harta FAM’.

Mereka mahukan 40% syer FAM diserah kepada pasukan. Kemudian ketika TMJ mahu memperbaiki standard kepengadilan dalam liga, TSAM pula lebih berminat mewujudkan amalan ‘Financial Fair Play’.

Ia satu cadangan yang ironik kerana datangnya dari bekas presiden KAFA yang jelas tidak mengamalkan amalan financial fair play.

Tapi difahami. Kerana niat utamanya adalah untuk mengelak JDT ‘mencuri’ pemain.

Aku boleh melihat semua ahli gabungan berbelah bahagi antara TMJ dan TSAM dalam aspek ini. Kedua-dua calon mempunyai manifesto yang sangat menarik.

4. Bola sepak komuniti

Satu isu yang langsung tak disentuh oleh mana-mana peserta atau TMJ sendiri semalam adalah topik bola sepak komuniti.

Atau dalam bahasa mudahnya: apa perancangan TMJ untuk mewujudkan/memperkasakan struktur bola sepak semi-pro/amatur?

TSAM ada menyentuh tentang topik ini dalam manifesto beliau. Di negara-negara yang bola sepaknya maju, bola sepak amatur/semi-pro mempunyai 3-4 divisyen.

Ia berfungsi sebagai platform kepada pemain ‘late developer’ – yang mungkin dianggap tak bagus oleh akademi kelab profesional – untuk terus bermain.

Late developer seperti Jamie Vardy, Dirk Kuyt, Steve Finnan, Ian Wright, Laurent Depoitre, Charlie Austin dan Vinnie Jones.

Nama-nama ini merupakan antara pemain pro yang mendapat manfaat daripada kewujudan sistem liga semi-pro/amatur.

Tapi di Malaysia, kita hanya ada 1 liga semi-pro/amatur yang diktiraf dalam piramid bola sepak kita. Iaitu Piala FAM.

LBR pula diasingkan (segregated) dari sistem ini. Nama sahaja liga, tapi buat format masih berasaskan pertandingan.

Penilaian awal

TMJ mungkin calon popular di kalangan peminat bola sepak tempatan. Tetapi perlu diingat, yang akan mengundi nanti adalah ahli gabungan FAM.

Dan berdasarkan manifesto kasar kedua-dua calon dan perspektif ahli gabungan FAM, TSAM nampak lebih menarik berbanding TMJ.

Tak hairanlah TMJ cakap persaingan baginda dengan TSAM adalah ‘masih 50-50’.

Malah jika diteliti post JST yang lepas, baginda mengaku TSAM adalah calon yang jauh lebih menarik di mata ahli gabungan FAM berbanding baginda.

Baca juga: TMJ Akan Ditentang Tan Sri Annuar Musa Untuk Jawatan Presiden FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN