Bekas pemain import Kelantan iaitu Jonathan McKain telah menyelar Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang dianggap beliau sebagai penipu.
Hal ini kerana satu sebab sahaja – isu bayaran gaji tertunggak.
“Gaji dah bayar”
Semua ini berlaku selepas Setiausaha Agung KAFA iaitu Datuk Ismail Md Noor memberitahu pihak media yang isu mengenai gaji pemain Kelantan yang tertunggak sudah pun selesai.
Menurut beliau, pembayaran telah pun dilakukan kepada semua pemain yang tertunggak gajinya. Namun begitu beliau tidak mendedahkan kepada siapa wang itu dibayar.
Beliau cuma mengatakan yang sejumlah wang beratus ribu ringgit sudah dibayar.
Dalam masa yang sama, beliau juga berkata meminta semua pihak jangan menyebarkan berita yang KAFA masih belum bayar gaji pemain.
Penipu!
Namun begitu, kenyataan dari Ismail itu dinafikan oleh bekas pertahanan Kelantan – Jonathan McKain.
McKain meluahkan kemarahannya mengenai gajinya yang masih belum dibayar dengan meluahkan kemarahannya di Twitter milik beliau.
“PENIPU! Kenapa mereka masih bebas mengeluarkan kenyataan yang palsu kepada umum?”
“Saya BELUM lagi dapat gaji saya dan kes saya kini berada dalam siasatan FIFA, saya bukan sendirian.”
LIARS. Why do they continue to make public statements that are false. I HAVEN'T been paid and my case is currently at FIFA. I'm not alone… https://t.co/JdKg1kuxWk
— Jonny McKain (@JonnyMcKain) February 23, 2017
Berikut merupakan luahan penuh berapi McKain terhadap KAFA yang kemudiannya dipersetujui oleh bekas jurulatih Kelantan – Velizar Popov.
Namun begitu, tweet dari Popov telah dipadam beliau.
Jadi KAFA, mana gaji mereka?
Baca juga: Apa Yang Saya Belajar Semasa Lawatan Ke 17 Buah Stadium Di Belanda?