2 pasukan dari negara kita memulakan kempen Piala AFC 2017 dengan keputusan yang berbeza.
JDT menang mudah
Bekas juara 2015, JDT terlalu hebat untuk pasukan kelab dari Kemboja – Boeung Ket Angkor.
Ini juga kemenangan pertama Mora dalam sentuhan sulung beliau di Piala AFC>
JDT menang 3-0 dalam perlawanan yang dikuasai oleh pasukan tuan rumah. Paling mencuri perhatian adalah aksi pemain tengah baru JDT, Nazmi Faiz Mansoor.
Beliau memberikan isyarat sekali lagi kepada Mora bahawa beliau adalah pemain yang harus diberikan peluang lebih banyak di dalam pasukan utama.
Nazmi sendiri berjaya menjaringkan 1 gol di dalam perlawanan ini. Satu jaringan yang sangat tenang dengan penyudah yang tidaklah kuat tetapi menuju ke penjuru sukar.
Kredit juga kepada S.Kunanlan yang melakukan bantuan gol.
Sebelum itu, JDT mendahului menerusi Gabi Guerra yang melakukan cubaan deras dari dalam kotak penalti selepas pertahanan Boeung Ket Angkor ‘tertidur’ untuk mengeluarkan bola.
Minit ke-88, kapten Safiq Rahim melengkapkan kemenangan JDT dengan jaringan ke-3. 3-0, dan 3 mata untuk JDT.
Felda tewas tipis dalam aksi sulung
Berbeza pula ceritanya dengan Felda United. Ini adalah penampilan sulung mereka dalam kejohanan Piala AFC.
Lawan mereka adalah pasukan yang agak regular dalam kejohanan ini, iaitu Tampines Rovers.
Son Yong meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-64. Ianya berpunca daripada kawalan lemah oleh unit pertahanan Felda United.
Felda United cuba mencari gol penyamaan sepanjang perlawanan ini. Namun pada minit ke-83, bekas penyerang sensai Lions XII Khairul Amri menggandakan kelebihan kepada pasukan tuan rumah.
Satu kombinasi pertahanan lemah dan juga kesilapan penjaga gol (goalkeeping error).
Felda United mendapat gol saguhati pada minit ke-87 menerusi Fazrul Hazli. Percayalah, ia adalah screamer yang sangat cantik menerusi teknik separa voli.
Tamat perlawanan, Felda tewas 2-1 dalam perlawanan ini.
Baca juga: Melaka Teruskan Rentak Kemenangan, Spasogoal Jaringkan Gol Pertama Liga Super!