Manchester City dikatakan sudah berkira-kira untuk membeli pemain baru bagi memperkemaskan musim baru 2017/18.
Antara pemain yang berada dalam radar mereka adalah maestro muda Spurs, Dele Alli.
Manchester City dikatakan sedia untuk memecahkan rekod pembeliau Paul Pogba £89 juta.
Minggu lalu Harry Redknapp turut menyatakan harga Dele Alli pastinya lebih £89 juta. Jika harga Paul Pogba yang dijadikan ukuran.
Ini kerana, Redknapp percaya Dele Alli adalah pemain tengah terbaik di England dan bakal menjadi yang terbaik di dunia pada usia kemuncak.
Redknapp juga berpendapat, Alli lebih baik daripada Paul Pogba.
Pep Guardiola diikatakan mencari pemain tengah yang boleh beroperasi secara multi-functional midfielder.
Pada musim ini Manchester City berhadapan dengan isu kualiti di bahagian tersebut.
Namun City dikatakan turut disaingi oleh Real Madrid, PSG dan Manchester United yang turut menjadi antara kelab yang berminat mendapatkan Dele Alli.
Sebelum ini Spurs menyatakan mereka mahu mengekalkan pemain muda tersebut.
Alli telah menjadi pemain penting Mauricio Pochettino di White Hart Lane sejak menyertai kelab London tersebut.
Kontrak semasa Dele Alli akan tamat pada 2022. Jadi, ia bukan mudah untuk memancing beliau dengan harga yang tidak cukup tinggi.
Walaubagaimanapun, isu gaji dan peranan ejen mungkin akan menjadi salah satu plot twist kepada perpindahan ini.
Spurs sebelum ini ada rekod yang ketara dalam penjualan pemain-pemain bintang mereka jika harga ditawarkan adalah tinggi.
Gareth Bale pernah dijual dengan rekod perpindahan dunia. Adakah mereka akan mempertimbangkan sekali lagi jika harga Alli juga pada rekod perpindahan dunia memecahkan harga Paul Pogba.
Selain Dele Alli, Pep Guardiola juga berkira-kira untuk membawa bintang muda Juventus, Paul Dyabala ke Etihad.
Baca juga: Real Madrid Bangkit Tewaskan Napoli, Ronaldo Cipta Assist Ke-5, Benzema Pintas Thierry Henry