Rafdi Rashid yang merupakan bekas penyerang Kedah dikhabarkan terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Beliau terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya melibatkan pelanggaran diantara motosikal dengan motosikal yang lain.
Patah bahu kanan
Rafdi Rashid mengalami kecederaan yang agak teruk di sebelah kanan badan beliau.
Rafdi mengalami patah bahu kanan selepas beliau mengalami pelanggaran melibatkan motosikal dan motosikal dan kini beliau sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Star.
Beliau masih lagi dirawat di wad buat masa ini dan keadaan beliau stabil.
Rafdi merupakan bekas pemain bola sepak yang pernah bermain untuk Kedah, Perak, Perlis dan juga Sarawak dari tahun 1998 hingga tahun 2008.
Beliau juga merupakan sebahagian daripada skuad projek Olimpik negara pada tahun 2000.
Kami di Semuanya BOLA mendoakan agar Rafdi cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Baca juga: Siapakah Penentu Sebenar Masa Depan Bola Sepak Negara?