AC Milan tidak begitu menikmati perjalanan liga mereka dalam 4 perlawanan terakhir. Mereka telah tewas keempat-empat perlawanan terakhir mereka.
Milan turun menentang Bologna di tempat lawan tanpa Mattia De Sciglio, Davide Calabria, Riccardo Montolivo dan Andrea Bertolacci.
Kesemua mereka dalam senarai kecederaan.
AC Milan bermula agresif dengan melancarkan banyak serangan ke kubu Bologna.
Bintang baru yang dipinjam dari Everton, Gerard Delofeu hampir membuka akaun beliau pada awal perlawanan.
Namun mereka tersentak dengan kecederaan bek tengah mereka Romagnoli.
Romagnoli terpaksa diusung keluar padang selepas hanya beraksi 30 minit.
Lebih teruk apabila Gabriel Paletta kemudian telah dibuang padang pada minit ke-37.
Beliau menerima kad kuning kedua kerana menjatuhkan Blerim Dzemaili.
Ketika perlwanan bersambung pada babak kedua, Juraj Kucka pula dibuang padang.
Kucka mendapat kad kuning kedua pada minit ke-59. Ianya cuma jarak 6 minit daripada kad kuning pertama beliau.
Bologna mulai kelihatan akan memenangi perlawanan ini. Mereka cuba menggunakan kelebihan yang ada untuk menang perlawanan ini.
Namun, pada minit akhir perlawanan, pemain muda Milan, Mario Pasalic telah mengejutkan tuan rumah dengan gol kemenangan AC Milan.
Gol tersebut adalah hasil umpanan daripada Delofeu.
Kemenangan ini membolehkan AC Milan mengumpul 42 mata setakat ini. 2 mata di belakang Inter yang berada di tangga ke-5.
AC Milan sedang bergelut untuk mengejar slot ke UCL pada musim hadapan, selepas bermula sangat baik musim ini.
Kekalahan ini meletakkan pasukan Bologna di tangga ke-14 Serie A. Mereka bergelut untuk berada di kelompok pertengahan liga.
Baca juga: Thaipusam & Bola Sepak: Macam Mana Bola Sepak Boleh Dikaitkan Dalam Sambutan Thaipusam?