Delegasi FA Negeri Menghadap Sultan Johor, Nyata Sokongan Menjelang Pemilihan Presiden FAM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan untuk menerima kehadiran para delegasi dari beberapa FA negeri untuk menyatakan sokongan agar TMJ menjadi presiden FAM yang baharu.

Pertemuan tersebut menyaksikan beberapa wakil delegasi dari beberapa FA negeri datang untuk meminta perkenan dari Sultan Johor mengenai pencalonan anakandanya iaitu Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi presiden baharu FAM.

Enam delegasi

Seperti yang dilaporkan oleh laman rasmi JDT di Facebook iaitu JOHOR Southern Tigers, sebanyak 6 buah delegasi dari FA negeri yang merupakan ahli gabungan FAM hadir untuk memperoleh perkenanan Sultan Johor untuk mencalonkan anakandanya dalam pemilihan jawatan Presiden FAM.

Pertemuan tersebut diadakan dalam satu majlis ringkas di Kelab Polo Istana Pasir Pelangi, Johor.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Dalam petemuan tersebut, delegasi-delegasi yang hadir dijamu dengan santapan tengah hari oleh pihak tuan rumah.

TMJ dijangka akan menyertai saingan 4 penjuru dalam pemilihan presiden baharu FAM yang akan dipilih pada bulan Mac ini.

Baginda akan ditentang oleh 3 lagi calon iaitu bekas presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

Selain itu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga turut dijangka bakal serta dalam pemilihan ini termasuk bekas Presiden Perbadanan Putrajaya – Tan Sri Aseh Che Mat.

TMJ ketika ditanyan oleh Sultan Johor mengenai perkara ini, baginda menjawab:

Patik hanya menjunjung titah Tuanku.”

Ia dibalas dengan respon baginda selepas itu dengan “Ubahlah air muka bola sepak tanahair.”

Baca juga: Stadium Darul Aman Bakal Tinggal Sejarah, Apa Reaksi Anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN