Kasper Schmeichel Dakwa Leicester City Mungkin Akan Tersingkir Dari Premier League

Leicester City bakal tersingkir menurut Kasper Schmeichel yang merupakan penjaga gol Leicester City sendiri mengaku pasukannya akan tersingkir dari Premier League musim ini.

Memalukan

Beliau yang menjuarai Premier League bersama dengan pasukan Leicester City ini mengaku yang pasukannya berada pada prestasi pasukan.

“Kami adalah juara bertahan, namun kami mempertahankan kejuaraan dengan teruk sekali. Ia memalukan.”

Khabar angin meniup kencang yang berkata Claudio Ranieri sepertinya telah kehilangan sokongan dari para pemain beliau. Namun penjaga gol itu menafikannya.

“Tiada masalah antara kami. Skuad kami gembira dan sentiasa menyokong pengurus.”

“Semua pemain terluka dengan keadaan sekarang. Jadi kami perlu cepat bangkit untuk dapatkan kemenangan. Jika tidak, kami akan tewas dan tersingkir ke liga bawahan.”

Keyakinan hilang

Dengan semuanya serba tak jadi untuk Leicester. Khabar angin yang mengatakan Ranieri kehilangan sokongan daripada pasukan nampaknya tidaklah begitu tepat.

Hal ini kerana, pasukan masih lagi bermain dengan baik. Cuma mereka seolah-olah tidak punya keyakinan untuk menentang habis-habisan.

Keyakinan yang hilang dalam diri pemain juga turut dirasai oleh para penyokong. Mereka seolah tidak punya semangat untuk wujudkan suasana bola sepak yang meriah seperti selalu.

Kalah lagi

Leicester City kalah lagi dalam perlawanan terbaharu mereka. Kali ini di tangan Manchester United.

Mereka hanya mampu bertahan sehingga lewat babak pertama sebelum bolos 2 kali pada minit-minit akhir babak pertama.

Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan menjaringkan gol untuk pasukan Manchester United di separuh masa pertama.

Juan Mata juga menjaringkan gol untuk Manchester United untuk memberikan kemenangan 3-0 kepada mereka.

Baca juga: Kerana Kebencian, Penyokong Dortmund Serang Penyokong RB Leipzig

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN