Liverpool Terus Kecewa, Tewas Di Tangan Hull City 2-0

Liverpool kalah kepada Hull City dalam aksi Premier League semalam.

Mereka teruskan rekod 2017 mereka yang sungguh teruk dengan merekodkan satu lagi kekalahan yang mungkin mematikan terus hajat mereka untuk mengejarkan kejuaraan.

Kesilapan individu menghukum

Sekali lagi, taktikal yang digunakan oleh Jurgen Klopp memberikan kelancaran kepada permainan mereka.

Namun begitu menentang pasukan yang bermain secara penuh disiplin dan juga tersusun ketika bertahan memberikan bukan 1000, malah 2000 masalah kepada mereka!

Liverpool menguasai permainan dengan baik, dengan Hull City lebih selesa untuk duduk berkampung di dalam zon sendiri dengan menanti waktu yang sesuai untuk menyerang sekali sekala.

Keputusan yang dibuat oleh Marco Silva untuk mengarahkan anak-anak buahnya tenang bersahaja itu nyata membuahkan hasil apabila mereka berjaya buatkan barisan serangan Liverpool mati akal untuk menjaringkan gol.

Ditambah dengan prestasi Eldin Jakupovic yang sedang cemerlang ketika ini, ia memberikan lebih kesukaran kepada Liverpool untuk menjaringkan gol.

Kesilapan individu sekali lagi menjadi punca kekalahan Liverpool dan ia datang dari individu yang melakukan kesilapan pada perlawanan menentang Chelsea tempoh hari – Simon Mignolet.

Di penghujung separuh masa pertama, Hull City berhasil memperoleh sepakan penjuru.

Semuanya nampak baik sehinggalah kesilapan Mignolet yang menampan bola jatuh ke kaki Alfred N’Diaye untuk membolehkan beliau dengan mudah menjaringkan gol dari jarak dekat.

 

Separuh masa kedua menyaksikan skrip yang sama. Cuma kali ni kesilapan individu daripada pemain Liverpool dilihat beberapa kali hampir memberikan jaringan kepada Hull City.

Mereka terus berusaha, berusaha dan berusaha namun jaringan yang dicari tak kunjung tiba.

Sehinggalah pada minit terakhir permainan ketika Sadio Mane melakukan larian ke kotak penalti Hull City, pertahanan tuan rumah berjaya merampas bola dari beliau.

Satu hantaran jarak jauh berjaya dihalakan ke bahagian serangan Hull City dan menemui Oumar Niasse. Beliau dengan mudah kemudiannya menewaskan Simon Mignolet dalam situasi 1 lawan 1 untuk memateri 3 mata untuk Hull City.

Kesebelasan utama

Hull City: Eldin Jakupovic (penjaga gol), Omar Elabdellaoui, Andrea Ranocchia, Harry Aguire, Andrew Robertson, Tom Huddlestone (kapten), Alfred N’Diaye, Kamil Grosicki, Evandro, Sam Clucas, Abel Hernandez

Liverpool: Simon Mignolet (penjaga gol), James Milner, Lucas Leiva, Joel Matip, Nathaniel Clyne, Jordan Henderson (kapten), Emre Can, Adam Lallana, Philippe Coutinho, Roberto Firmino, Sadio Mane

Baca juga: FELDA United Dan Kedah Berkongsi 1 Mata!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN