Previu MSL 2017: JDT vs. Felda United (P2), JDT Mahu Selesaikan Isu Taktikal

JDT vs. Felda United (27 Januari 2017)

JDT akan menanti kunjungan Felda United pada hari ini. Ini adalah perlawanan di antara juara dan naib juara Liga Super musim lalu. Berikut adalah previu kami untuk JDT vs. Felda United.

JDT

kredit foto: asiana.my

1. Taktikal

Benjamin Mora jelas pening dengan implementasi high pressing football pada hari pertama beliau menjadi jurulatih. Ia turut mendapat perhatian TMJ yang menekankan pasukan JDT memang dalam proses bermain high pressing

Kami melihat banyak kelemahan dari segi disiplin ketika menekan lawan di garisan tinggi.5 kad kuning dalam perlawanan pertama kerana terlalu fizikal.

Seterusnya di pivot mereka terlalu rendah defensive minded. JDT sudah pastinya mahu menyelesaikan segera isu pembentukan pasukan dalam masa terdekat.

2. Rekod kebal

Ini adalah motivasi tambahan untuk para pemain JDT. Walaupun gagal menggenggam Piala Sumbangsih namun mereka tetap tidak kalah di Larkin lebih setahun yang lalu.

3. Kepimpinan

Safiq Rahim menjadi tumpuan. Sebagai kapten beliau harus menjadi pembakar semangat rakan-rakan bukannya menunjukkan dirinya sedang ‘terbakar’.

Mentaliti negatif yang kita lihat sudah hilang musim lalu pada diri Safiq Rahim. Beliau lebih tenang musim lalu walaupun sebelum kehadiran Gomez, beliau juga memang baran,

Dia adalah kapten yang berpengaruh. Jika dia dalam mentaliti yang kuat, pemain lain di sekeliling beliau akan lebih kuat.

Ia banyak terbukti 2 musim kebelakangan ini. Buktinya, banyak perlawanan Safiq Rahim muncul sebagai penyelamat.

Felda United

Photo by Zam Zainal /www. asiana.my

1. Taktikal

Tidak banyak yang kami boleh ceritakan kerana mereka juga baru dalam transisi dari Irfan Bakti ke Azmi Mohamed. Mereka cuba mengekalkan DNA Irfan Bakti di dalam pasukan ini.

Namun dengan unit pemain yang baru, mereka dalam proses untuk mencari kekuatan pasukan dari segi taktikal dan teknikal.

2. Mentaliti

Ia memerlukan mentaliti yang kuat untuk menang di Larkin. Musim lalu, pasukan ini sangat kuat dari segi mentaliti untuk menyerap tekanan.

3.  Pertahanan

Pasukan Felda United adalah pasukan yang memiliki kualiti pertahanan yang baik. Jadi, ia akan menjadi bahagian penting untuk mereka melakukan sesuatu dalam perlawanan hari ini.

Prestasi Semasa

JDT – S
Felda United – M

Felda United berada di tangga ke-2 dan JDT di tangga ke-3 di dalam Liga. Felda United hanyalah pasukan kedua selepas Selangor yang menang dalam perlawanan pembukaan.

Rekod 5 pertemuan terakhir

JDT menang – 2 (40%)
Felda United menang – 2 (40%)
Seri – 1 (20%)

Fakta Perlawanan

  • Kali terakhir JDT tewas di Larkin adalah pada 28 November 2015 (JDT vs Felda United) hampir setahun dan sebulan yang lalu.
  •  JDT tidak tewas di Larkin dalam 27 perlawanan berturut-turut
  • JDT tidak tewas dalam 17 perlawanan domestik terakhir mereka di tempat sendiri dan tempat lawan. Kali terakhir mereka tewas adalah di tangan Perak dalam Piala Malaysia
  • Kemenangan Felda United ke atas PKNS minggu lalu adalah yang pertama selepas 7 perlawanan tanpa kemenangan sejak Ogos 2016.
  • Felda United tewas dalam kedua-dua kunjungan terakhir mereka ke tempat lawan. 4 perlawanan terakhir di tempat lawan tanpa kemenangan dengan 3 kekalahan dan 1 seri

Sebelum wisel

JDT akan cuba memastikan mereka lebih baik secara taktikal. Mora masih terlalu baru dengan pasukan ini. Jadi kami rasakan ia bukan masa yang sesuai untuk meletakkan mesti menang sebagai misi beliau.

Felda United akan cuba untuk mencuri sebarang mata dari Larkin dalam perlawanan ini.

Apa ramalan pembaca semuanyaBOLA untuk perlawanan JDT vs. Felda United.

Baca juga: Analisis Taktikal MSL 2017: JDT Gagal Kekalkan Taktikal High Pressing

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN