Terengganu City FC baru-baru ini telah melantik seorang fisio dari kalangan wanita dalam pasukan mereka.
Lebih menarik, pelantikan fisio tersebut bukanlah dari kalangan fisio tempatan sebaliknya seorang fisio dari Jakarta, Indonesia.
Jakarta ke Terengganu
Fisio muda yang dibawa masuk oleh Terengganu City FC ini bukanlah calang-calang orangnya.
Fortunella Levyana (gambar bawah) merupakan seorang fisio wanita yang berasal dari Jakarta, Indonesia.
Fortunella merupakan fisio yang berusia 25 tahun, dan pernah berkhidmat dalam 2 pasukan bola sepak sepanjang kariernya di Indonesia.
Sebelum ini, Fortunella telah berkhidmat di sebuah pasukan Liga Indonesia iaitu Pelita Bandung Raya selama 2 tahun bermula dari tahun 2013 hingga 2015.
Bagi yang tidak tahu, pasukan Pelita Bandung Raya merupakan pasukan dari liga Indonesia yang beraksi di Kejohanan Bola Sepak Torabika yang merupakan kejohanan bola sepak sementara ketika bola sepak kompetitif masih lagi diharamkan di Indonesia.
Namun begitu, nama Pelita Bandung Raya itu nama yang digunaka pakai sewaktu Fortunella berkhidmat sebagai fisio di kelab tersebut.
Kini kelab tersebut dikenali sebagai Madura United FC.
Ini merupakan kali ke-10 nama kelab tersebut ditukar sejak ia ditubuhkan pada 1997.
Nama asal kepada kelab ini adalah Pelita Mastrans dan pernah ditukarkan kepada nama-nama seperti Pelita Bakri (1998 hingga 1999), Pelita Solo (2000-2002) dan juga Pelita Jabar (2008-2009).
Percaya atau tidak? Kelab ini merupakan salah satu pasukan Safee Sali sepanjang kariernya. Ketika Safee Sali beraksi di sini, nama kelab tersebut adalah Pelita Jaya Karawang (2010 hingga 2012).
Selepas berkhidmat selama 2 tahun berkhidmat di kelab ini, Fortunella berhijrah untuk berkhidmat bersama-sama dengna pasukan kebangsaan wanita Indonesia selama setahun pada 2016.
Dan kini, beliau akan berkhidmat bersama-sama dengan Terengganu City FC pada musim Piala FAM 2017.
Selamat datang ke bola sepak Malaysia, Fortunella Levyana!
Baca juga: Cadbury Dan Premier League Umum Kerjasama 3 Tahun