Media Prima Tak Dapat Hak Penyiaran Untuk Piala AFC Musim Ini

Media Prima baru-baru ini dikhabarkan kehilangan hak penyiaran untuk kesemua perlawanan Piala AFC melibatkan wakil negara pada musim ini – lapor Arena Harimau Malaysia.

Hilang semua

Untuk musim ini, Media Prima kehilangan hak penyiaran untuk kesemua Piala AFC musim ini.

Ia termasuklah untuk peringkat kumpulan serta pusingan kalah mati.

Lebih parah, Media Prima juga kehilangan hak penyiaran untuk menyiarkan pusingan kelayakan bagi saingan AFC Champions League melibatkan juara Liga Super 2016 – Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sekiranya JDT gagal untuk sampai ke peringkat ke kumpulan dan perlu menyertai FELDA United di Piala AFC, siaran langsung di Media Prima tetap tidak akan diadakan.

Namun begitu, sumber dari Arena Harimau Malaysia mengatakan belum lagi ada jawapan dari Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro Arena dan juga Fox Sport Asia mengenai potensi ketiga-ketiga saluran sukan itu menjadi saluran pengganti kepada Media Prima.

Selangor di TV sekali lagi!

Menurut Arena Harimau Malaysia, 2 siaran langsung perlawanan Liga Super 2017 akan disiarakan di rangkaian saluran Media Prima.

2 perlawanan yang akan dilangsungkan pada hari Jumaat menyaksikan Selangor sekali lagi memperoleh siaran langsung.

Kali ini, Selangor akan menjadi tuan rumah kepada Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadium MP Selayang, Selayang.

Perlawanan antara Selangor dan Melaka United akan disiarkan di saluran TV3.

Sementara satu lagi perlawanan siaran langsung akan disiarkan di TV9 melibatkan 2 pasukan dari Pantai Timur tanah air.

Pahang akan menjadi tuan rumah kepada T-Team dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Baca juga: Mesut Ozil Jadikan Kesusahan Hidup Sebagai Pembakar Semangat Untuk Berjaya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN