Fisioterapi dalam bola sepak sangat penting. Bola sepak adalah satu sukan yang sinonim dengan bintang-bintang handalan di dalam padang.
Namun di sebalik aksi para pemain di dalam padang sebenarnya ada satu lagi jawatan yang sangat penting iaitu pakar fisioterapi. Pakar ataupun ahli fisioterapi dianggap sama pentingnya dengan jurulatih dan juga pasukan scouting.
Walaupun sumbangan mereka tidaklah dekat di hati penyokong, namun disebabkan merekalah para pemain boleh berlari dengan pantas.
Mereka yang menjaga kondisi para pemain setiap hari. Seorang ahli fisioterapi dalam bola sepak yang tekenal dari Itali iaitu Ippazio Lecci telah berkongsi pengalaman beliau dalam bidang ini.
Untuk pengetahuan pembaca semuanyaBOLA, artikel ini adalah dipetik dari temu ramah Ippazio Lecci dengan wartawan Sportskeeda. Berikut adalah petikan temu ramah tersebut:
Apakah perkara yang terbaik dan yang yang paling teruk sebagai ahli fisioterapi dalam bola sepak?
Perkara yang terbaik adalah untuk bekerja dengan para pemain muda yang berpotensi dan membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran olahraga (athleticism) mereka.
Kami akan membantu mereka dalam membentuk postur mereka, cara mereka berjalan, dan sistem proprioception mereka.
Benda yang tak begitu bagus pula, apabila ramai menganggap ahli fisioterapi hanya untuk merawat pemain yang tercedera.
Ada yang memperlekehkan kerja kami jika pemain lambat kembali. Kami cuma memastikan pemain benar-benar sedia.
Fisioterapi dalam bola sepak adalah lebih daripada sekadar merawat kecederan pemain. Paling tidak masuk akal apabila saya mendapat tahu ada banyak kelab bola sepak yang tidak mempunyai pakar dalam fisioterapi.
Tetapi mereka sanggup menghabiskan wang yang besar untuk mendapatkan pemain. Apa yang akan berlaku jika pemain ‘mahal’ mereka tercedera? Hantar ke hospital luar?
Semua kelab bola sepak perlu melabur untuk mewujudkan sebuah jabatan fisioterapi yang lengkap. Ini untuk memastikan pemain mereka akan sentiasa bersedia 110%.
Pemain dan kelab juga boleh merujuk laporan fisioterapi. Jika laporan tersebut berkata pemain ini cuma 50% atau 60% cergas, dia akan berisiko tercedera jika bermain. Jadi jurulatih tahu dia tidak perlu gunakan pemain ini.
Apakah kepentingan aspek kecergasan pemain bola sepak berbanding sukan lain?
Kecergasan adalah penting dalam semua sukan termasuk dalam bola sepak. Perbezaannya mungkin adalah dari segi cara meneliti persediaan pemain. Setiap pemain ada keperluan yang berbeza.
Ini kerana pergerakan setiap pemain yang berbeza-beza termasuk ketika melakukan latihan atau perlawanan.
Adakah aspek penjagaan fisio penting dalam karier pemain?
Ya! Namun malangnya masih banyak pihak mengambil ringan isu pencegahan. Ketika perlawanan profesional, 3 aspek ini sangat penting untuk para pemain.
Pertama, postur yang betul untuk mengelakkan kecederaan.
Kedua, keseimbangan otot yang membantu mereka untuk menyelaraskan pergerakan otot yang membuatkan mereka bergerak cepat dan ataupun lambat.
Ketiga adalah ‘Proprioception Aerial’. Ia adalah satu kaedah yang saya telah bangunkan untuk menguatkan hubungan di antara pemain dengan bola.
Ini akan membantu pemain untuk mengagak lebih awal pergerakan badan lawan serta meramalkan di mana kedudukan bola itu nanti termasuk trajektorinya.
3 aspek itu yang harus diambil berat. Ia untuk meningkatkan kualiti, nilai ekonomi setiap pemain dan juga nilai pasukan.
Rumusan
Kami bersetuju, jawatan seorang ahli fisioterapi ibarat wira yang tidak didendang. Anda tahu nama pakar fisioterapi pasukan anda?
Baca juga: Apakah Sebab Lelaki Ini Mengelilingi England Dalam Masa 100 Hari?