Stadium Baru Tottenham Hotspur Dilengkapi Teknologi Menggandakan Bunyi Bising

Bunyi sorakan di stadium baru Tottenham Hotspur selepas ini akan menjadi lebih bising ataupun kuat selepas kerja pembinaan stadium baru tersebut selesai.

Stadium baru Tottenham Hotspur betul-betul di sebelah White Hart Lane.

Selain daripada penekanan kualiti padang, rekaan, senibina dan teknologi, Daniel Levy turut menggariskan isu bunyi sorakan penonton sebagai salah satu agenda penting dalam pembinaan stadium baru Tottenham Hotspur tersebut.

Oleh itu mereka sudah mengupah acoustician yang diketuai Christoper Lee untuk bekerjasama dengan syarikat yang memasang kerusi dan bumbung stadium untuk merealisasikan perkara ini.

Daniel Levy telah banyak terlibat dalam proses khas ini. Menurut Christopher Lee:

“Daniel Levy memang seorang yang sangat cerewet namun saya sangat gembira bekerjasama dengan beliau.”

“Idea untuk meningkatkan bunyi ini adalah dari reka bentuk bumbung stadium yang melengkung. Ia akan memerangkap getaran bunyi pada masa yang lebih lama.

“Bumbung ini akan dipasang dengan banyak kepingan aluminium untuk membantu melantunkan bunyi itu kembali ke padang.”

“Menurut kajian kami, semakin cepat bunyi akustik terputus, semakin cepat penyokong akan berhenti bersorak dan menyanyi.”

“Jadi dengan teknologi yang membolehkan bunyi ini kekal lebih lama. Ia akan membantu mereka untuk bersorak lebih lama, dengan kadar getaran bunyi yang kuat dan tahan lebih lama.”

“Reka bentuk kerusi juga akan dipasang dengan alas (padding) khas yang menyokong lantunan bunyi.”

White Hart Lane yang ada pada hari ini antara stadium yang paling tinggi bunyi bising dari sorakan penyokong. Dengan adanya teknologi khas ini, pastinya penyokong Spurs akan menjadi lebih bising di stadium baru mereka kelak.

Daniel Levy mahukan projek bernilai £750 juta ini akan menjadikan stadium baru mereka serba-serbi lengkap dan menepati spesifikasi stadium moden.

Mereka mahu menjadikan stadium Spurs ini sebagai antara yang termaju di Eropah. Antara perkara yang mereka turut masukkan adalah The Tunnel Club.

Satu ruang legar yang membolehkan penyokong melihat para pemain mereka menuju ke bilik persalinan.

Stadium baru ini juga akan dilengkapi dengan lebih banyak lounge dan bar. Yang pasti stadium ini akan menjadi antara yang termoden di dunia. Ianya dijangka mula digunakan untuk musim 2017/18.

Baca juga: Manchester United Kecilkan Stadium, Beri Ruang Kepada Penyokong OKU

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN