Cornthwaite: “Di Selangor, Siapa Lambat Kena Belanja KFC. Tak Profesional Langsung.”

Robert Cornthwaite mempunyai pengalaman luas beraksi di luar Australia iaitu ketika di Korea Selatan bersama Jeonnam Dragons dan Selangor ketika beraksi di Malaysia.

Ketika bercakap kepada media A-League, beliau terpanggil untuk memberikan tips bagaimana untuk pemain import menyesuaikan diri ketika bermain di liga-liga Asia.

Jom baca tips-tips beliau!

5. Hormat orang tua

Satu perkara wajib yang perlu dilakukan ketika bermain di liga Asia adalah wajib untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang yang lebih tua.

Tidak kiralah sama ada pengurus, jurulatih atau pegawai kelab. Janganlah kita melawan kata, memalukan mereka mengeji mereka.

Hal ini kerana jika sekali anda berlaku kasar dengan orang tua, maka anda akan mengalami masa yang sukar di kelab tersebut.

Ketika di Korea Selatan, Cornthwaite selalu tunduk hormat kepada staf kejurulatihannya setiap hari.

4. Belajar budaya orang

Salah satu cara yang terbaik untuk hidup selesa di liga asing adalah dengan mempelajari budaya di negara negara tersebut.

Rajinkan diri keluar makan tengah hari, makan malam atau pun minum malam bersama rakan-rakan sepasukan yang merupakan rakyat negara tersebut.

Selain itu, cuba untuk makan makanan tempatan mereka. Percayalah, makanan merupakan cara terbaik untuk mendekatkan kita dengan budaya mereka.

Selain itu, cuba untuk belajar bahasa tempatan. Walaupun pada mulanya kita akan rasa sukar, tetapi ia dapat membantu kita dekat dengan pasukan.

Tak lupa juga, kita kena belajar sebut nama-nama rakan sepasukan kita.

Ketika latihan, nama-nama tersebut akan disebut ketika hendak meminta bola dan memberikan arahan.

Selain itu, beliau juga ada menyenaraikan nama-nama rakan sepasukan dengan wajah mereka pada kertas yang kemudiannya ditampal rumah kelab pasukan.

Di Korea Selatan, Cornthwaite turut belajar cara untuk menggunakan penyepit (chopstick) ketika hendak makan.

“Ada rakan sepasukan saya dari Brazil tidak mahu belajar langsung makan makanan tempatan dan guna penyepit. Sekurang-kurangnya cubalah untuk sekali.”

“Hal ini kerana dalam budaya Korea Selatan, tidak menggunakan pengapit adalah satu tindakan kurang ajar.”

3. Jadilah pemudah cara

Jadilah pemudah cara ketika bermain untuk pasukan. Anda tidak datang ke Korea Selatan sebagai pertahanan tengah untuk mencipta peluang.

Sebaliknya ada memudahkan urusan pasukan ketika bertahan. Lakukan tandukan penting, clearance penting dan semestinya lakukan terjahan-terjahan penting ketika diperlukan!

2. Perlu jadi ‘gila’

Maksudnya disini adalah lakukan sedikit lebih di dalam permainan anda untuk pasukan.

Tetapi janganlah lakukan perkara-perkara yang berisiko tinggi yang boleh menyebabkan anda dibuang padang ketika perlawanan.

“Kita kena jadi pemain yang agresif ketika bermain, terutamanya ketika situasi bola mati atau ketika melakukan terjahan.”

“Sebagai pemain import juga, kita perlu lantang ketika bermain. Pemain import yang boleh berkomunikasi dengan pemain tempatan akan dianggap pemain yang lengkap bagi rakan-rakan sepasukan yang lain.”

“Oleh itu, cuba untuk belajar beberapa frasa bola sepak yang sering digunakan di negara tersebut.”

1. “Ikutkan saja.”

Bola sepak Malaysia adalah sesuatu yang berbeza bagi Robert Cornthwaite.

“Sebagai pemain import, kita perlu pandai jaga diri. Dan kita perlu lakukan apa saja untuk jadi berjaya di tempat orang.”

Satu perkara yang menyukarkan pemain atau jurulatih luar ketika berada di Liga Malaysia ialah kita akan ditentang apabila melakukan terlalu banyak perubahan.

Robert Cornthwaite turut melabel bola sepak Malaysia sebagai ‘langsung tidak profesional’.

“Ketika di Selangor, kami ada satu hukuman yang diberikan kepada pemain yang lambat datang ke latihan.”

“Pemain yang lewat ke latihan akan dihukum belanja KFC untuk satu skuad! Dan ini tak patut ada dalam sebuah pasukan profesional.”

Namun begitu, mesej yang Cornthwaite adalah kita perlu lakukan apa sahaja untuk berjaya di tempat orang.

Baca juga: Andik Vermansah Disingkirkan Selangor FA, Dikeluarkan Dari Kuota Pemain Import

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN