Sterling patut dive! Itulah pandangan Yaya Toure. Toure berkata, Raheem Sterling terlalu jujur ketika duel dengan Kyle Walker.
Dia sepatutnya mengambil kesempatan untuk mendapatkan penalti yang membolehkan mereka menang dalam perlawanan tersebut. Namun Sterling cuba untuk kekalkan stabiliti badannya ketika ditolak.
Pemain antarabangsa England, Sterling berjaya memasuki kotak pada minit ke-76 di Stadium Etihad dengan City mendahului perlawanan.
Sterling ditolak dari belakang oleh Kyle Walker, namun pengadil tidak memberikan sepakan penalti. Pemain-pemain Manchester City kecewa kerana mereka merasakan Kyle Walker melakukan kekasaran.
Unbelievable! Great header by Deli, then a push on sterling which denied a goal, then cheating tott scores an equalizer! Dang it 2:2!! Noooo pic.twitter.com/eztImmt8ie
— Kyle jones (@Kjonesmd) January 21, 2017
Son Heung-min menyamakan kedudukan perkara tidak lama selepas itu.
Toure berkata selepas perlawanan itu, Rahee Sterling patut dive untuk memanipulasi keadaan dan melakukan simulasi.
Yaya Toure berkata:
“Jika dia dive ketika itu, saya rasa semua orang akan kecoh dengan hal itu. Ah! Dia dive la!’.”
“Jika dia ada sedikit pengalaman macam saya, dia mungkin akan dive. Sebab itu antara perkara yang saya akan lakukan ketika itu.”
“Dia terlalu jujur. Dia sebenarnya mahukan perlawanan ini adil.”
“Namun anda tidak boleh memberitahu dia melakuan kesalahan kerana tidak dive. Ia situasi yang sangat sukar dan Walker datang menolak dia dari belakang.”
“Andre Mariner(pengadil) berada berdekatan dengan situasi tersebut. Semua pemain dan pengurus pasukan sangat kecewa kerana melepaskan 2 gol pendahuluan di tempat senddiri.”
“Pengurus dan pemain yang kecewa kerana kami bagaikan telah dirompak,” katanya.
“Saya rasa nak pulang ke rumah dan menonton semula perlawanan tu. Dan mungkin saya akan memecahkan TV kerana terlalu kecewa.”
“Jika pengadil mengamati kembali situasi tersebut, dia pasti akan merasakan keputusan tersebut(tidak memberikan penalti) agak kurang tepat.”
“Namun setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan.”
Keputusan seri itu menyaksikan Manchester City berada 2 mata di belakang Liverpool yang berada di tangga ke-4. Mereka juga hanya dibezakan dengan kelebihan 2 mata di belakang pasukan di tangga ke-6, Manchester United.
Manchester City akan berkunjung ke Selhurst Park selepas ini menentang Crystal Palace. Pep Guardiola sudah melaungkan mereka perlu memperbaiki cara bermain.
Baca juga: Hebei Fortune Tewaskan Kedah Dalam Aksi Perlawanan Persahabatan Tertutup