Brandon Adams, pemain muda berbakat Queens Park Rangers sah menyertai Perlis dengan status pinjaman semusim.
Ini bermakna Brandon Adams akan kekal di sini sehingga akhir musim ini walaupun lama rasmi Queens Park Rangers mengesahkan pemain ini akan dipinjamkan ke Perlis sehingga Jun 2018.
Rasanya pihak editor QPR menyamakan musim Liga Malaysia dengan musim Liga Inggeris agaknya.
Sebelum ke sini, penyerang berumur 19 tahun itu juga telah menandatangani kontrak baru jangka panjang bersama kelab London itu.
Sebelum ini, Brandon bermain secara pinjaman ke Staines Town. Adam merupakan seorang penyerang. Perlis pastinya mengharapkan pemain muda ini dapat membantu mereka untuk kembali ke Liga Super musim hadapan.
Nampak gayanya penyokong Singa Utara agak teruja dengan berita tersebut. Malah, ada penyokong yang sudah menyelongkar akaun Twitter milik Brandon. Ada mengucapkan selamat datang kepada pemain tersebut.
Thankyou I am looking forward to it!🙏🏻 https://t.co/mnetgTlYV1
— B (@brandon_adams9) January 22, 2017
Cant wait to see you play for our team! ❤ #perlisfa #singautara @brandon_adams9 https://t.co/JbOl3yPmrh
— ᴀʀɪғ ᴀɴᴜᴀʀ. (@raunafira) January 22, 2017
Faktor Tony Fernandez yang rapat denan Presiden PFA, Datuk Rozabil Adbul Rahman antara sebab kenapa pemain muda berbakat ini datang ke Malaysia.
Datuk Rozabil mengesahkan QPR menawarkan 2 pemain muda mereka untuk dipinjam oleh Singa Utara. Namun mereka memilih untuk mendapatkan seorang sahaja.
Beliau juga merancang untuk menjalinkan kerjasama lebih erat dengan Queens Park Rangers. Ini untuk membolehkan beberapa pemain muda Perlis berguru di sana dalam satu tempoh tertentu.
Namun kami di semuanyaBOLA merasakan penyokong-penyokong Perlis harus realistik dengan tidak terlalu meletakkan harapan terlalu tinggi untuk pemain ini.
Bradon masih berusia 19 tahun dan memerlukan pelan pembangunan untuk memastikan perkembangan kariernya dapat digilap dengan lebih baik.
Namun pada masa yang sama, ramai juga pemain muda yang cepat matang dalam permainan mereka.
Akademi QPR adalah akademi yang melahirkan bakat muda berpengaruh seperti Raheem Sterling. Dahulu mereka melahirkan bakat-bakat seperti Alan McDonald, Andy Impey dan Wayne Fereday.
Nampak gayanya kelab lain di Malaysia boleh meniru langkah Perlis FA ini pada masa yang akan datang.
Apa pun kami mengucapkan selamat datang ke Malaysia kepada Brandon Adams! Jangan lupa menikmati keindahan pantai di Perlis dan mencuba pelbagai makanan di sini!
Baca juga: NFDP & QPR Umum Kerjasama Strategik