Claudio Ranieri Dituduh Angkuh Dan Penipu, Ejen Ulloa Bengang

Ulloa mahu keluar dari Leicester City, tegas ejen pemain tersebut. Claudio Ranieri dituduh angkuh dan penipu oleh ejen Leonardo Ulloa iaitu Horacio Rossi.

Ini selepas pengendali berbangsa Itali itu menolak surat permintaan keluar (transfer request) daripada Ulloa.

Rossi berkata:

“Sebagai ejen Ulloa, Saya bosan dengan pembohongan Claudio Ranieri dan Jon Rudkin.”

“Ulloa sudah minta elok-elok dengan transfer request rasmi. Namun tidak dilayan.”

“Pada lawatan pra-musim Leicester Amerika Syarikat, Ranieri berjanji kepada Ulloa, dia akan memberikan kontrak baru kepadanya.”

“Ranieri berkata, Ulloa penting untuk pasukan kerana dia (Ranieri) tidak ada perancangan untuk membeli penyerang baru.”

“Tetapi mereka telah membeli Islam Slimani.”

“Kemudian, sampai ke hari ini mereka tidak menawarkan kontrak baru kepada Ulloa. Jadi pemain ini merasakan dia perlu pergi dan meminta untuk dilepaskan dengan cara elok.”

“Tetapi sekarang Ranieri mengelirukan semua pihak apabila berkata kepada media yang dia percaya Ulloa akan kekal di Leicester. Itu satu penipuan.”

“Ranieri mementingkan diri sendiri, penyombong dan egosentrik yang tidak mengambil berat tentang penderitaan manusia yang pernah berjuang untuk dia dan membantunya memenangi EPL.”

“Pengurus ini sedang memusnahkan kerjaya Ulloa dengan memaksanya untuk kekal di Leicester musim ini. Sedangkan Ulloa hanya memulakan satu perlawanan EPL sahaja.”

“Ranieri sedang memaksa seorang pemain kekal untuk bermain dua perlawanan setahun , kerana dia mempunyai Jamie Vardy, Slimani dan Shinji Okazaki. “

Ulloa bermain 90 minit menentang Middlesbrough pada 2 Januari lalu. Ia adalah penampilan pertamanya dalam tempoh 6 bulan.

Ini bukan kali pertama kes ejen bertekak dengan pengurus.Ranieri dan Leicester City ada hak untuk mengekalkan pemain ini sehingga kontrak tamat.

Pemain ini kemudiannya akan menjadi ejen bebas pada status free transfer. Ini yang tidak digemari para ejen yang mahukan bayaran ejen atas transaksi pemain.

Ranieri memang menyayangi Leonardo Ulloa kerana pemain ini berdisiplin.

Penyokong Leicester juga begitu. Pemain ini tidak pernah memberikan masalah kepada kelab tesebut.

Namun, mungkin sudah tiba masanya Ulloa mahu keluar Leicester City setelah bersama kelab itu pada 2014.

Baca juga: Gaji Pogba Dan Zlatan Akan Dipotong Jika Gagal Bantu United Ke UCL?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN