#10 Bixente Lizarazu
Pemain bek kiri kebangsaan Perancis ini merupakan antara pemain dalam skuad juara Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. Lizarazu memilih no 69 semasa beliau bermain untuk Bayern Munich pada musim 2005.
No 69 dipilih kerana beliau dilahirkan pada tahun 1969 dan mempunyai ketinggian 1.69 m.
#9 Ivan Zamorano
Apabila Inter Milan menandatangani Roberto Baggio. Baggio meminta untuk diberikan jersi no 10 yang sebelum ini dipakai oleh Ronaldo. Ronaldo yang terpaksa melepaskan jersi no 10 telah meminta pada pengurusan Inter Milan untuk memakai jersi no 9 yang merupakan milik penyerang dari Chile, Ivan Zamorano.
Dengan sedikit inovasi, Zamorano memilih untuk memakai jersi 1+8 dan secara matematiknya beliau masih lagi penyerang no 9. Beliau memakai jersi 1+8 ini selama lebih kurang 2 tahun.
#8 Rogerio Ceni
Penjaga gol veteran Sao Paulo ini telah menjaringkan lebih 100 gol untuk pasukannya. Semua jaringannya ialah hasil dari sepakan percuma dan penalti. Pada tahun 2005, sebelum perlawanan di antara Sao Paulo dan Atletico Miniero beliau telah memakai jersi bernombor 618.
No 618 merupakan simbolik penampilan Ceni untuk Sao Paulo.
Baca: Kisah Jaringan Terbesar Dunia
#7 Hicham Zerouali
Dikenali dengan nama Zero oleh peminat Aberdeen. Pemain yang berasal dari Maghribi ini merupakan pemain pertama dalam liga Scotland untuk memakai jersi no “0” pada tahun 2000.
Penggunaan jersi no “0” kemudiannya diharamkan oleh liga perdana Scotland dan liga perdana Inggeris pada tahun berikutnya.
#6 Trio AC Milan Tahun 2008
Andriy Shevchenko, Ronaldinho dan Mathieu Flamini telah memilih untuk bermain bersama AC Milan pada tahun 2008. Nombor jersi pilihan mereka telah pun dipakai oleh pemain lain.
Mereka mengambil langkah alternatif dengan memilih nombor jersi 76, 80 dan 84 yang mewakili tahun kelahiran mereka.
Sumber: Top Ten Slides
Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.