China Resah Cara Perbelanjaan Kelab Bola Sepak Sudah Lari Dari Matlamat Asal

Kerajaan China menerusi Badan Pentadbir Umum Sukan China(CSGA) sudah memberikan amaran kepada Persatuan Bola Sepak China(FA China) agar persatuan tersebut lebih tegas dalam mengawal isu perbelanjaan kelab China.

Ini kerana kelab kelab mereka berbelanja yang seperti ‘membakar duit’.

Selepas perbelanjaan melampau untuk Carlos Tevez dan Oscar, kerajaan risau cara perbelanjaan kelab China cuma menjadikan mereka kuat dalam kuasa beli pemain tetapi kuasa bola sepak mereka masih pegun.

Bulan lalu, salah satu akhbar Parti Komunis Rakyat China telah membidas perbelanjaan kelab China yang mencecah angka £940 juta pada 2016.

Ia jelas lari daripada matlamat asal mereka yang mahu menjadikan China sebagai hub bola sepak global dan pada masa yang sama menjadi kuasa dalam bola sepak dunia.

Shanghai SIPG sebelum ini mencipta rekod perpindahan pemain ke China dengan harga £52 juta. Manakala Shanghai Senhua menawarkan Carlos Tevez gaji paling lumayan di dunia dengan £615,000 seminggu.

Kemudian ejen Cristiano Roanaldo mendakwa pemain Real Madrid itu dibida dengan harga £300 juta dengan gaji £1.65 juta seminggu.

CSGA juga mendapat tahu John Obi Mikel dan Axel Witsel mendapat gaji yang jauh lebih tinggi daripada yang mereka akan dapat sekiranya kekal di Eropah.

CSGA dalam proses untuk mengawal harga pemain dan bayaran gaji. Ia tamparan hebat kepaada FA China yang seakan-akan tidak ada mekanisme untuk menagawal isu tersebut.

Salah satu langkah yang akan diambil adalah pengurangan kuota pemain import daripada 5 kepada 4 pemain sahaja.

Kelab China memecahkan rekod perpindahan Asia sebanyak empat kali pada tahun lalu. Ia antara respon kepada cita-cita Presiden China, Xi Jinping yang mahu menjadikan China sebagai kuasa besar bola sepak.

Kini Presiden China itu tidak senang dengan keadaan itu dan mengarahkan agar ada mekanisme kawalan ke atas isu perpindahan dan gaji pemain.

Kerajaan menegeaskan, mereka harus mengambil inisiatif untuk membina kelab 100 tahun, bukannya kelab yang panas sepetang.

Kerajaan juga memberikan amaran akan mengeluarkan mana-mana kelab yang muflis serta gagal membayar gaji pemain daripada liga profesional.

Kami berpendapat ia memang satu tamparan hebat kepada FA China jika bola sepak mereka masih gagal menyaingi Jepun dan Korea Selatan mahupun Australia di rantau Asia dalam masa terdekat ini.

Untuk menjai kuasa bola sepak dunia, ia memang aspirasi yang ditegaskan oleh Xi Jinping, namun cara kelab mereka berbelanja adalah lebih kepada publisiti dan bukannya kualiti.

Banyak kelab cuma berbelanja untuk kejayaan segera. Aspek perlaburan untuk pembangunan bakat dari negara China sendiri seakan-akan bukan agenda besar untuk mereka.

Kami bersetuju dengan cadangan agar menarik terus lesen kelab daripada status liga profesional sekiranya mereka gagal membayar gaji pemain ataupun muflis.

Ini kerana kelab harus menghormati kontrak yang sudah dipersetujui kedua-dua pihak.

Baca juga: Chinese Super League: Pelan Jangka Panjang Untuk Bola Sepak China

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN