4 Formasi Bola Sepak 7 Sebelah Yang Boleh Anda Gunakan

Bola sepak 7 sebelah boleh dikatakan merupakan kategori bola sepak yang sering juga kita main walaupun bukan dalam perlawanan rasmi seperti di kejohanan-kejohanan bola sepak.

Jika pada artikel sebelum ini, kami menunjukkan kepada anda 5 formasi asas bola sepak 9 sebelah. Kali ini kami tunjukkan kepada anda formasi untuk bola sepak 7 sebelah pula.

Formasi 2-3-1

Formasi ini merupakan formasi yang popular dalam bola sepak 7 sebelah. Ia menyamai formasi 4-4-2 di dalam bola sepak biasa.

Dalam formasi ini, kebergantungan yang tinggi diletakkan di bahagian tengah. Hal ini kerana, 3 pemain tengah dijangka akan membantu bahagian serangan dan dalam masa yang sama membantu bahagian pertahanan.

Dalam masa yang sama, pemain tengah di bahagian tengah juga boleh bergerak ke bahagian tepi untuk cuba menyerang dari bahagian sayap.

Namun begitu, formasi ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan bahagian pertahanan anda mengalami masalah.

Hal ini kerana, pasukan anda memerlukan pemain tengah yang mempunyai verstailiti dan juga disiplin yang tinggi untuk track back apabila pasukan diserang.

Dan jika pasukan anda tidak mempunyai pemain tengah yang bagus, ia akan menyebabkan penyerang anda terpinggir atau isolated.

Formasi 1-1-3-1

Formasi ini merupakan formasi yang sesuai digunakan jika anda mahu bermain secara menyerang.

Hal ini kerana, 3 pemain tengah akan membantu 1 penyerang di hadapan. Ini menjadikan terdapat ramai pemain untuk membantu di bahagian serangan.

Manakala di bahagian pertahanan, 1 pemain pertahanan akan dibantu dengan 1 pemain tengah bertahan yang akan berada sedikit dalam untuk membantu pertahanan jika diperlukan.

Namun begitu, untuk bermain dengan formasi ini pasukan perlulah mempunyai pemain pertahanan yang bijak serta laju. Hal ini kerana formasi ini boleh menyebabkan pasukan anda sering terdedah dengan serangan balas pantas.

Formasi 2-1-2-1

Formasi ini memberikan tugas yang lebih jelas kepada 3 pemain tengah dalam formasi ini.

Hal ini kerana, formasi ini hampir sama dengan formasi 2-3-1 tetapi 2 pemain akan berpecah menjadi pemain tengah menyerang, dan 1 lagi pemain akan menjadi pemain tengah bertahan.

Oleh itu, ia akan menjadikan pasukan anda mempunyai 3 pemain bertahan dan 3 pemain menyerang.

Ia merupakan satu bonus buat pasukan anda jika pemain tengah bertahan anda boleh menyerang pasukan lawan dengan baik dengan melakukan hantaran-hantaran ke bahagian serangan.

Selain itu juga, 2 pemain tengah menyerang anda boleh membuka ruang serangan di bahagian tepi dengan menjadi pemain sayap. Boleh dikatakan formasi ini merupakan formasi yang seimbang untuk anda gunakan.

Namun begitu, formasi ini ada juga kelemahannya. Kelemahannya adalah pasukan anda akan terbahagi kepada 2 unit iaitu unit bertahan dan unit menyerang dan tidak bergerak secara 1 pasukan.

Formasi 3-2-1

Formasi yang kelihatan seperti pokok ini merupakan formasi menumpukan kepada bahagian pertahanan pasukan.

Walaupun kelihatan formasi untuk bermain secara bertahan, tetapi 3 pemain pertahanan itu boleh diarahkan untuk menyerang dengan 2 pemain mara ke bahagian serangan sebagai full back pasukan.

Formasi ini bukan sahaja memberikan asas blok pertahan yang kukuh, malah ia juga sesuai untuk bermain dengan pasukan mengamalkan corak permainan yang pantas.

Namun begitu, kelemahan pada formasi tersebut adalah kekurangan sokongan di bahagian serangan. Hal ini kerana lebih ramai pemain berada di bahagian pertahanan.

Selain itu juga, ia akan menyebabkan kurangnya pilihan untuk melakukan hantaran ketika hendak menyerang dan agak mudah dijangkan (predictable) untuk pasukan lawan meneka ke mana bola akan dihantar.

Berikut adalah sebahagian daripada formasi asas bola sepak 5 sebelah. Anda ada formasi menarik? Kongsikan di ruangan komen!

Baca juga: 5 Formasi Asas Yang Boleh Digunakan Dalam Bola Sepak 9 Sebelah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN