Cesare Prandelli Letak Jawatan Pengurus Valencia, Dakwa Ditipu Oleh Kelab

Dahulu, Valencia terkenal dengan reputasi sebagai pasukan yang sering menghasil pemain-pemain handal.

Nama-nama seperti David Villa, Juan Mata dan juga Santiago Canizares merupakan antara pemain-pemain yang pernah menjadi bintang di Valencia.

Valencia juga satu masa dahulu merupakan antara pasukan wajib dari Sepanyol yang akan beraksi di UEFA Champions League.

Namun kini, Valencia sudah menjadi gergasi yang sudah rebah lagi tidak bermaya untuk bangun dan bangkit melawan setiap musuh mereka dalam La Liga.

Undur diri

Terkini, pengurus Cesare Prandelli mengambil keputusan untuk membawa diri dari Valencia selepas mengambil tugas sebagai pengurus kelab tersebut selama 3 bulan.

Beliau meninggalkan kelab ketika kini berada di tangga ke-17 liga dengan 12 mata, sama mata dengan Sporting Gijon yang berada di tangga ke-18 – cuma dibezakan dengan perbezaan gol.

Prandelli hadir ke Valencia dengan reputasi tinggi, dengan harapan mampu untuk mengubah nasib kelab tersebut.

Namun begitu, pengurus tersebut akhirnya “letih dan berputus asa” dalam misinya untuk mengubah nasibnya untuk kelab.

Hal ini kerana beliau kini merasa dirinya ditipu oleh Valencia, semuanya kerana beliau tidak dapat mendapat melakukannya apa yang beliau rancang ketika jendela perpindahan Januari nanti.

Beliau seperti sudah ditipu oleh kelabnya sendiri. Kerana sebelum ini, Prandelli sudah dijanjikan oleh pemilik Valencia iaitu Peter Lim untuk mendapatkan sekurangnnya 4 pemain ketika Januari nanti.

“Dulu, Peter Lim cakap pada saya yang saya boleh bawa 4 pemain ke Valencia pada bulan Januari nanti.”

“Tapi apa yang saya dapat? Tak lama selepas itu saya dikhabarkan yang saya cuma boleh memilih sama ada untuk mendapatkan Simone Zaza atau pun seorang pemain tengah pada bulan Januari ini.”

Menurutnya Prandelli, beliau kecewa kerana sebelum ini beliau dijanjikan oleh Valencia untuk membawa 4 pemain. Sebaliknya kini beliau hanya boleh membawa 1 pemain sahaja sama ada Simone Zaza atau pun seorang pemain di bahagian tengah.

“Saya amat terkejut, kerana selepas saya pulang dari bercuti tempoh hari kelab masih belum lakukan sebarang kerja untuk membeli pemain! Dan saya rasa seperti saya sudah ditipu oleh kelab.”

Setahun hilang

Prandelli menjadi pengurus ke-9 yang keluar dari Valencia sejak dari Julai 2012.

Beliau cuma tinggalkan kelab selepas 10 perlawanan sahaja musim ini.

Menurut sumber, masalah terjadi kerana pemilik Valencia Peter Lim sudah setahun tidak menjenguk kelab. Jadi, barangkali terdapat pelbagai masalah berlaku di kelab tanpa pengetahuan Lim.

Jadi, siapa selepas ini bakal mengisi kerusi panas Valencia?

Baca juga: Gary Neville Mengaku Pengalaman Valencia Perit Baginya, Tidak Mahu Jadi Jurulatih Lagi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN