Dalam sukan futsal, flying goalkeeper merujuk kepada penjaga gol yang aktif menjadi pemain ke 5 ketika menyerang. Mereka tidak statik dan suka terlibat di dalam serangan.
Taktik ini sangat selalu digunakan ketika pasukan ketinggalan dan pada masa yang sama mereka perlukan kemenangan.
Ia berbeza dengan penjaga gol yang aktif bermain bola di kawasan sendiri. Flying goalkeeper adalah satu taktik di mana penjaga gol berada di kawasan lawan.
Jadi, adakah ia satu taktik yang benar-benar membantu dalam mencari gol?
Pro
Kelebihan taktikal ini adalah dari segi kelebihan secara numerical di kawasan lawan. Ini kerana adanya pemain ekstra.
Jadi, ia membolehkan pasukan memenuhkan kawasan gol lawan (overload) untuk menerima bola dan memberikan ancaman secara terus ataupun sebaliknya.
Seterunsya adalah, jika sesebuah pasukan itu memiliki penjaga gol yang memang berkualiti dalam permainan terbuka (open play).
Selain itu, setiap pemain akan ada rasa lebih tanggungjawab untuk tidak melakukan kesilapan mudah dan menyebabkan kehilangan bola. Jadi, aktiviti seperti overplay dan terlalu individu akan dikurangkan.
Kontra
Ia memerlukan kecerdasan dan komitmen tinggi secara teknikal. Untuk bermain sistem ini, satu unit pasukan perlu ada kemampuan untuk counter-pressing di kawasan lawan.
Sekiranya aspek ini dapat dilakukan dengan lebih baik dan berkesan maka, taktik flying goalkeeper ini akan relevan kepada pasukan tersebut.
Seterusnya, dari segi kelangsungan untuk melakukan serangan terus dan segera, ia akan dilambatkan kerana pemain terlalu berhati-hati daripada kehilangan bola.
Pace dan decision making oleh pemain akan terbatas. Kadangkala, kualiti individu dari pemain lincah sangat penting dalam memecahkan pertahanan lawan. Dengan taktikal ini, ia akan terbatas.
Rumusan
Pada pandangan kami, ia adalah satu risiko yang sangat tinggi di dalam futsal. Ini kerana jarak di antara kawasan gol sangat dekat.
https://streamable.com/gpita
Kami berpandangan, taktikal ini sangat sukar dimainkan jika pasukan tersebut tidak memiliki kualiti taktikal dan teknikal yang superior di atas gelanggang.
Ia adalah taktikal yang lebih menjurus kepada pertarungan secara teknikal. Jadi, dari segi taktikal, pace dan keupayaan individu akau terbatas.
Setiap pasukan perlu membuat pertimbangan sebaik-baiknya dalam melaksanakan taktikal ini dengan mengambil kira kualiti pasukan lawan.
Jika pasukan lawan lebih lemah dari segi aspek teknikal di semua bahagian, mungkin taktikal ini akan menjadi.
Baca juga : 3 Tips Bermain Futsal Dalam Keadaan Ataupun Cuaca Panas