Sekarang masih musim cuti sekolah dan pasti ramai yang terlibat dalam pertandingan futsal. Dalam cuaca yang tidak menentu anda sudah pasti memerlukan tips untuk menyesuaikan diri dengan haba.
Ini amat penting terutama sekali untuk perlawanan di tempat terbuka (outdoor). Kami kongsikan 3 tips untuk anda yang bermain futsal dalam keadaan panas sama ada untuk pertandingan dan kebanyakannya untuk main petang.
1. Minum Air
Ini sangat asas. Elakkan tekak anda daripada berasa terlalu kering. Pastikan anda ada bekalan air yang cukup. Biasaya air mineral ataupun minuman tenaga.
Dehidrasi sangat mudah berlaku walaupun anda sedang bermain dalam gelanggang tertutup (indoor). Kesilapan pemain futsal, mereka yang bermain di gelanggan tertutup kerap memandang ringan hal ini.
Dehidrasi berlaku kerana kehilangan air yang banyak di dalam badan. Air tersebut keluar dalam bentuk peluh. Apabila air terlalu banyak keluar dari badan dan tidak digantikan segera, anda berisiko untuk dehidrasi.
Jadi, risiko itu tetap ada cuma untuk yang bermain di tempat terbuka dalam cuaca panas, ia sudah pasti lebih tinggi.
Pada masa yang sama, minum air juga membantu mengelakkan strok haba untuk mereka yang bermain dalam gelanggang yang agak panas.
2. Lembapkan Kasut
Salah satu cara untuk mengelakkan kaki daripada melecet. Ia bukan bermaksud anda membasahkan kasut sampai jadi tidak selesa. Kami percaya anda faham maksud kami dan kerap melakukan perkara ini ketika bermain bola sepak padang.
Ada yang mengambil inisiatif melembapkan stoking dengan menyiram air dan memulasnya. Ada juga yang selesa dengan menyiram terus menggunakan air beberapa kali kerana mereka sudah terbiasa.
Ada yang melakukannya setiap kali rehat ataupun bertukar dengan pemain lain. Ia mengikut keselesaan masing-masing. Ingat, janganlah sampai bertakung air di dalam kasut futsal anda.
3. Sediakan Ketulan Ais
Tips ini agak melampau, namun ia sangat penting untuk memastikan badan anda dapat mengurangkan haba dengan cepat. Ini tips untuk yang bermain dalam pertandingan. Kalau main petang anda mungkin boleh bekalkan air mineral.
Dalam satu rajah yang dikongsi oleh Whitson Gordon, beliau menerangkan titik yang mudah untuk disejukkan atau bahasa Inggerisnya Body’s Quick-Cooling Spots.
Apa kaitannya dengan ais? Ais tersebut boleh dibalut dengan tuala dan anda boleh menyentuh atau menekan titik penyejuk tadi dengan ais tersebut.
Bagi yang tidak ada ais, anda boleh menggunakan air biasa ataupun air sejuk. Jika sebelum ini anda cuma pakai siram sahaja dekat badan, cuba amalkan dengan menyiram titik penyejuk tersebut di kiri dan kanan.
Ia akan membantu anda untuk membuang haba dari badan dengan lebih cepat. Pada masa yang sama, ais boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan ketika kecederaan.
Rumusan
3 Tips tersebut diharap dapat membantu anda selepas ini. Ia untuk memastikan badan anda sentiasa dalam keadaan optimum. Pastikan anda tidak dehidrasi ketika bermain futsal dalam haba yang tinggi.
Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!
[adrotate banner=”27″]
Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.
Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?
Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!
Baca juga : Taktik Futsal: Pro dan Kontra Bertahan Dengan Kawalan Zonal Atau Kawalan Individu