Previu Fantasy Premier League 2016/2017: Minggu 17

Premier League kembali untuk minggu ke 17 dan beberapa perlawanan tumpuan menarik untuk minggu ini.

Antaranya pertemuan antara Manchester City dan Arsenal di Etihad dan aksi Mersyeside Derby di Goodison Park diantara Everton dan Liverpool.

Berikut adalah pilihan scout kami untuk pilihan anda minggu ini!

Penjaga gol

Pilihan untuk minggu ini di gol adalah Thibaut Courtois (Chelsea).

Selepas berjaya memperoleh clean sheet ketika menentang Sunderland tempoh hari, Courtois dijangka akan menyambung prestasi cemerlang beliau ketika menentang Crystal Palace.

Selain itu, Hugo Lloris juga boleh diletakkan di gol untuk minggu ini.

Hal ini kerana, prestasi cemerlang beliau tempoh hari menentang Hull City dijangka berterusan apabila menerima kunjungan Burnley.

 

Untuk rekod, Burnley hanya menjaringkan 1 gol sahaja di tempat lawan musim ini – rekod terburuk dalam liga musim ini.

Pertahanan

Di benteng pertahanan, kami memilih pertahanan Nathan Ake (Bournemouth) sebagai pilihan kami.

Beliau kini menjadi antara pemain pertahan yang paling kerap dibeli oleh para pemain FPL. Hal ini kerana, prestasi cemerlang beliau akhir-akhir ini di Premier League.

Kami juga gemar untuk memilih Marcos Alonso (Chelsea) sebagai pemain pertahanan kami.

Sejak menjadi wing-back di Chelsea, beliau berjaya membantu Chelsea untuk mendapatkan clean sheet.

Kami juga menyarankan anda untuk memilih Ashley Williams (Everton) pada minggu ini.

Pemain tengah

Di bahagian tengah, persembahan cemerlang Christian Eriksen (Tottenham Hotspur) telah memberikan anda sebab untuk memilih beliau minggu ini.

2 gol ketika menentang Hull City tempoh hari menyaksi prestasi beliau bakal diteruskan ketika menentang Burnley minggu ini.

Selain Eriksen, kami juga merasakan Paul Pogba (Manchester United) dan Victor Wanyama (Tottenham Hotspur) boleh dijadikan pilihan untuk minggu ini.

Penyerang

Diego Costa (Chelsea) ternyata antara pilihan kami untuk minggu ini. Beliau masih lagi antara penyerang paling berbisa dalam liga, dan beliau dijangka akan kembali menjaringkan gol pada perlawanan menentang Crystal Palace minggu ini.

Selain itu juga, kami merasakan Solomon Rondon (West Bromwich Albion) juga merupakan pilihan yang baik untuk anda.

Rondon mencatatkan hatrik pada perlawanan lalu semakin serasi dengan permainan WBA, beliau kini merupakan sandaran utama di bahagian serangan untuk mereka.

Senarai pergantunggan:

  • Phil Jagielka (Everton)
  • Oriol Romeu (Southampton)
  • Marko Arnautovic (Stoke City)

Senarai kecederaan:

  • Aaron Ramsey (Arsenal)
  • Yannick Bolasie (Crystal Palace)
  • Chris Smailling (Manchester United)
  • Moussa Dembele (Tottenham Hotspur)
  • Sam Byram (West Ham United)

Pilihan kapten:

  • Thibaut Courtois (Chelsea)
  • Christian Eriksen (Tottenham Hotspur)
  • Diego Costa (Chelsea)

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Poacher: Baka Serangan Yang Semakin Turun Pupus?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN