Analisis Taktikal EPL 2016/17: Tekanan Lemah Pertahanan Manchester City

Selepas perlawanan ini, Pep Guardiola mengakui mereka tidak ada latihan bentesan (tackling) dalam sesi latihan mereka. Beliau memberitahu, sistem mereka secara keseluruhannya OK cuma lemah dalam bentesan.

Dalam analisis taktikal kali ini, saya akan menekankan isu pertahanan Manchester City yang menyebabkan mereka ketinggalan 4 gol. Masa penuh, Leicester menang 4-2.

Permulaan

Leicester bermula dengan 4-4-2 klasik menggandingkan Slimani dan Vardy di barisan serangan. Manakala Manchester city pula turun dengan 3-4-3 dengan bentuk berlian di tengah.

Sumber : Whoscored

Pertahanan City

Dalam perlawanan menentang Chelsea, pasukan Manchester City tewas kerana terlalu lemah untuk mengekang serangan balas melalui hantaran terus dari belakang ataupun fast break counter attack.

Saya bahagikan tekanan ini kepada 2 sektor iaitu di blok rendah (kawasan sendiri). Yang kedua adalah di blok tinggi (kawasan lawan) yang kita panggil counter-pressing.

Tekanan Rendah Di Blok Rendah

Leicester memberikan tekanan kepada City dengan jaringan seawal minit ke-3. Ia berpunca daripada tekanan / pressing yang sangat rendah ke atas Islam Slimani di zon 14.

Lihat bagaimana Leicester mengitar kembali bola ini dari belakang. Bola sampai ke kaki Mahrez, pada fasa ini, City tidak ada pelan jelas untuk menekan zon 14.

Di sini mereka ditewaskan di garisan tinggi dengan mudah kerana tekanan yang sangat rendah.

Tekanan Rendah Ketika Counter Pressing (Blok Tinggi)

Untuk pasukan yang bermain dengan unit ramai pemain di bahagian serangan, perkara penting adalah untuk memenangi bola di blok tinggi.

Aspek ini juga lemah dilakukan oleh Manchester City. Mereka tidak agresif ketika mematika bola ataupun gerakan lawan.

Lihat contoh di bawah ini, bagaimana mereka langsung tidak memberikan tekanan kepada pemain Leicester cuba melakukan fast break pass dari belakang. Perkara yang sama berlaku ketika menentang Chelsea.

Sebelum gol ke-3 ini, Leicester sudah melakukan corak hantaran yang sama namun gagal menyudahkannya.

Lihat pula pressing dalam keadaan ini. Pemain-pemain City tidak agresif dan pasif.

Lihat pula klip video ini, bagaimana gol ke-3 Leicester dihasilkan. Ia adalah isu counterpressing yang lemah dan memberi ruang yang selesa untuk pemain lawan melakukan hantaran jauh. Ingat lagi 2 gol Chelsea dari cara ini?

Stones Dan Bravo

John Stones melakukan kesilapan pertahanan yang tidak sepatutnya dalam usaha mereka mengejar Leicester City. Ia bukan kali pertama.

Untuk Bravo pula, dengan sistem yang sangat sedikit pertahanan terutama dalam keadaan 3-2-5 ataupun 3-4-3 yang sangat ofensif dan overloading kawasan serangan.

Beliau perlu memainkan peranan sebagai sweeper. Dalam perlawanan ini, beliau tidak cukup efektif menjadi sweeper. Rasanya, itu antara sebab beliau dibawa masuk ke City.

Mungkin daripada 4 gol tersebut hanya gol kedua yang boleh dihujahkan dengan memetik nama Bravo. 3 lagi lebih kepada kesilapan pertahanan.

Ya! Tetapi, ini adalah sistem yang memang memerlukan penjaga gol untuk efektif menjadi sweeper. Kesimpulan untuk Bravo, dia tidak boleh dipersalahkan sebagai penjaga gol.

Namun, dek kerana sistem permainan juego di posicion ini beliau boleh dikatakan lemah menjadi sweeper. Sistem back 3 Pep ini terlalu rumit.

Gundongan dan Zabaleta mahupun Kolarov (keranan pertukaran posisi yang kerap),bukan wingback seperti Moses dan Alonso di Chelsea. Mereka adalah false fullback. Jadi perlindungan ke atas bek bertiga memang lemah.

Nak tak nak terpaksalah Bravo lebih berani untuk ‘menyapu’ bola di belakang garisan pertahanan yang tinggi. Kita yang mendengar dan melihat pun tahu ia berat, apatah lagi bahu Bravo yang memikul.

Isu Pemilihan Kesebelasan Utama Dan Pertukaran Pep Guardiola

Semua orang kenal sikap Guardiola yang suka memilih pasukan yang mengejutkan. Dalam sistem 3-4-3 mereka, Sagna dan Kolarov digandingkan dengan Stones sebagai bek bertiga.

Ketika bermain sistem bek berempat, Barulah Zabaleta akan turun dan konflik dengan Sagna, siapa yang harus menjadi bek tengah.

Seterunsya adalah, beliau mengeluarkan Iheanacho (no.9) dan mengarahkan Yaya Toure menjadi false 9. Ia memang tidak menjadi kerana Yaya Toure tipikal box to box klasik.

10 minit kemudian barulah beliau memasukkan Nolito untuk menjadi no.9. Pada fasa ini, City kelihatan lebih baik. Mereka cuba bangkit dan menghukum Leicester yang mulai hilang fokus.

2 gol dihasilkan. Kolarov menutup cerita aksi hambar beliau dengan 1 gol dan 1 assist.

Penilaian

Secara keseluruhan, City mendominasi perlawanan dengan penguasaan bola 77%. Namun mereka kerap dineutralkan oleh Leicester yang bertahan lebih agresif terutama di blok rendah.

Kualiti cubaan gol mereka agak teruk. 19 cubaan gol hanya 4 yang tepat 1 daripada yang tepat itu adalah daripada sepakan percuma yang menghasilka gol.

Leicester pula hanya melakukan 10 cubaan gol dan 6 cubaan tepat dengan cemerlang menyudahkan 4 gol.

Dari segi sistem, Guardiola memang sudah biasa dengan sistem yang ultra-ofensif cuma perlaksanaan mereka kali ini dalam tekanan selepas 2 gol awal dalam 5 minit pertama perlawanan.

Manchester City kurang dinamik dan kurang sinergi di dalam gerakan ketika turun bertahan. Ini adalah masalah utama mereka dalam perlawanan ini.

Pemain Terbaik

Jamie Vardy (Leicester City)

Baca juga : Analisis Taktikal EPL 2016/17: Counter Attacking 5-4-1 Chelsea Asas Kebangkitan Di Etihad

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN