Anda ada duit dan bercita-cita mahu memiliki kelab? Kini anda ada peluang untuk memperolehnya!
Di England, sebuah kelab telah dilelong untuk mencari pemilik baru mereka selepas pemilik sebelum ini berundur diri sebagai pemilik kelab.
Lelong di Ebay
Kelab Basingstoke Town yang merupakan sebuah kelab yang beraksi di Southern Premier League terpaksa mencari pemilik baharu dengan cara yang agak aneh.
Mereka melelong kelab bola sepak itu menerusi laman lelong terulung dunia, Ebay dengan bidaan bermula dengan nilai £0.99 atau RM5.50 sahaja.
Perkara itu dilakukan selepas pemilik lama mereka, Rafi Razzak mengundur diri selepas menjadi pemilik kelab tersebut selama 25 tahun.
Tak pasti akan masa depan
Menurut penyokong iaitu Encik Hood yang merupakan bekas pengarah di kelab tersebut, beliau sendiri tidak yakin dengan masa depan kelab tersebut.
“Jika kami tak berjaya menemui pembeli, kami tak tahu apa akan jadi dengan kelab ini.”
Hood juga merupakan individu bertanggungjawab yang menyenaraikan Basingstoke Town di Ebay, merasakan tiada yang salah untuk memberitahu dunia yang kelab itu sedang dijual.
“Kelab ini merupakan kelab yang penuh dengan tradisi, jadi salahnya kami beritahu kepada dunia yang kelab ini kami sedang dijual?”
Barangan terpakai
Proses lelongan yang dilakukan di Ebay berjalan dengan baik namun selepas bidaan mencecah £66,600.
Hood juga telah menyenaraikan kelab Basingstoke Town sebagai ‘barangan terpakai’ di Ebay.
Selain daripada itu, Hood juga menyenaraikan kelab itu sebagai ‘hanya boleh diperoleh menerusi tuntutan sahaja’.
Punca disebalik penlelongan kelab itu adalah kerana pemilik terdahulu tidak mampu untuk menanggung hutang kelab yang mencecah £2 juta.
Selain itu, kekecewaan Razzak terhadap majlis perbandaran yang menyekat visi dan misinya juga telah menjadi punca penlelongan kelab.
“Visi dan misi saya untuk kelab ini lebur di tangan majlis perbandaran.”
“Saya mahu membina stadium baharu untuk pasukan dan juga padang latihan terkini untuk kelab. Namun, majlis penbandaran tidak meluluskannya.”
Mencari pengurus baharu
Itu cerita mengenai Basingstoke Town, ini pula cerita mengenai satu lagi kelab di England iaitu Altrincham FC.
Mereka baru-baru ini memecat pengurus mereka, John Edwards selepas pasukan tersebut beraksi teruk dalam saingan liga.
Pihak kelab kemudiannya mengeluarkan iklan kekosongan jawatan untuk bahagian pengurus pasukan utama untuk pasukan tersebut.
Namun mereka telah mengeluarkan amaran, tiada gamers dibenarkan untuk memohon kerja!
Mereka telah amaran tersebut menerusi laman rasmi Twitter mereka.
Please note, CV's for the vacant manager role must not be based on FM or CM achievements.
— Altrincham FC (@altrinchamfc) December 6, 2016
Dalam tweet mereka yang memperoleh lebih 4 ribu retweet, pihak kelab telah meningatkan para pemohon yang permohonan mereka akan ditolak jika calon hanya mempunyai pengalaman menguruskan kelab dalam Football Manager sahaja!
Terdahulu, seorang peminat Liverpool pernah memohon untuk menjadi pengurus Liverpool selepas Brendan Rodgers dipecat.
Lelaki tersebut cuma mempunyai pengalaman menguruskan Portsmouth di dalam FIFA 15 dengan membawa kelab itu menjadi juara Premier League dan UEFA Champions League dalam masa 4 musim sahaja!
Namun, permohonan tersebut berjaya mendapat respon kelab tetapi ditolak oleh ketua eksekutif kelab – Ian Ayre.
Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!
[adrotate banner=”27″]
Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.
Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?
Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!