Respon Kami Mengenai Kempen ‘Ingat Bola Ingat Rohingya’

Tempoh hari wakil kami telah pun ke Sekreteriat ABIM Pusat di Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang media yang dianjurkan oleh mereka mengenai kempen yang dilancarkan oleh mereka iaitu kempen #IngatBolaIngatRohingya .

Kempen ini merupakan anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta beberapa lagi penganjur bersama iaitu:

  • Line Clear Nasi Kandar (LC Nasi Kandar)
  • Retro Bola Sepak (RBS)
  • Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  • Kelab Peminat Barcelona Malaysia
  • Kelab Peminat Real Madrid Malaysia
  • Global Peace Mission Malaysia (GPM)
  • Malaysian Lifeline For Syria (MLLFS)

Sidang media tersebut berkisar mengenai pendirian ABIM dan penganjur lain mengenai isu penindasan etnik Rohingya di Myanmar serta status skuad kebangsaan yang berada di Myanmar ketika ini.

15178050_774554749362792_11672

 

Menyokong skuad negara, mengecam keganasan

Pihak penganjur sebenarnya cuma mewujudkan menang-menang antara mereka yang pro-boikot dan juga anti-boikot di negara kita.

Suasana menang-menang yang dimaksudkan adalah pengecaman terhadap isu Rohingnya dijalankan seperti biasa dan dalam masa yang sama skuad kebangsaan yang sudah ada di Myanmar tidak perlu diganggu dengan arahan pulang semula ke Malaysia.

Mesej penganjur adalah jelas – mereka tidak mahu sukan dijadikan mangsa keadaan.

Pihak penganjur juga mengatakan yang desakan untuk pasukan negara menarik diri adalah tindakan yang tidak kena pada waktunya.

15171178_1851272071785358_2737

Hal ini kerana pasukan negara sudah pun menjalani 2 perlawanan dan hanya berbaki satu saja lagi perlawanan yang bakal dilangsungkan melibatkan pasukan negara.

Pihak penganjur berkata adalah lebih baik untuk pasukan negara menarik diri sebelum kejohanan bermula dan bukannya ketika saingan telah berlangsung.

Tambahan pula, penarikan diri skuad kebangsaan hanya akan memenangkan pihak Myanmar. Hal ini kerana mereka akan mendapat kemenangan percuma dan layak ke separuh akhir serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan berhadapan dengan tindakan hukuman oleh FIFA.

Bagi kami, kami bersetuju dengan pendirian yang dinyatakan oleh pihak penganjur. Hal ini kerana, jika skuad negara menarik diri ianya tidak akan memberikan impak yang besar kepada apa yang berlaku terhadap etnik Rohingya.

Desak kerajaan

Pihak penganjur hadir dengan beberapa idea lain sebagai alternatif agar skuad kebangsaan tidak perlu menarik diri dari Piala AFF.

Mereka mencadangkan beberapa perkara seperti:

  • Meminta kerajaan Malaysia mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Myanmar
  • Meminta kerjaan Malaysia mengkaji semula kedudukan Myanmar dalam ASEAN bersama negara-negara anggota ASEAN yang lain.
  • Memutuskan apa sahaja hubungan dagang antara 2 negara
  • Menghantar semula semua warga Myanmar yang ada di Malaysia ke negara asal.

Bagi penganjur, usaha yang mereka lakukan ini sudah dilakukan sejak 1996 ketika tahun pertama Piala AFF diwujudkan.

Mereka telah menyerahkan memorendum kepada pihak kerajaan Malaysia ketika itu di Wisma Putra kerana isu ini sudah lama terjadi!

Menurut Encik Che Din yang merupakan wakil RBS ketika sidang media tersebut, beliau juga mengatakan masyarakat kita hanya bersolidariti bermusim sahaja mengenai isu-isu sebegini.

“Masyarakat kita tidak konsisten dalam menunjukkan solidariti dalam isu kemanusiaan. Isu di Syria, Palestin, Iraq dan Rohingya sendiri adalah contohnya.”

Bagi Encik Che Din, tindakan memboikot menggunakan sukan adalah cara yang kurang tepat.

“Semua gunakan contoh Sukan Olimpik Moscow ketika 1980 sebagai contoh. Tetapi apa silapnya dengan boikot pada waktu itu?”

“Ketika itu, negara kita telah diajak oleh negara-negara Arab untuk boikot di atas penindasan tentera Rusia terhadap Afganistan. Kita menurut ajakan mereka itu tetapi akhirnya negara-negara Arab yang mengajak kita untuk boikot itu pula yang bertanding di Sukan Olimpik.”

Bagi kami, tindakan memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar dan melakukan sekatan ekonomi terhadap negara mereka adalah tindakan yang lebih tajam dan hebat kesannya.

Dalam masa yang sama, kami amat bersetuju dengan masalah ‘solidariti bermusim’ dalam kalangan rakyat di negara kita yang dikatakan oleh wakil RBS tersebut.

Bayangkan jika kita bermain di dalam kumpulan A yang bertuan rumahkan Filipina? Kami tak rasa rakyat Malaysia akan mendesak skuad negara untuk pulang sebagai tanda boikot.

Jalan penyelesaian

Bersesuaian dengan nama kempennya iaitu #IngatBolaIngatRohingya. Pihak penganjur juga telah menyediakan beberapa jalan yang untuk memberikan kesedaran mengenai isu semasa ini.

Antaranya mengadakan tayang video mengenai isu Rohingya ketika aksi separuh akhir dan akhir Piala AFF di Restoran LC Nasi Kandar.

Selain daripada itu, pihak penganjur juga menyediakan lagi beberapa program untuk memupuk kesedaran masyarakat mengenai isu ini seperti wacana ilmu serta flash mob yang akan diadakan di beberapa lokasi.

Pihak penganjur juga meminta agar hashtag #IngatBolaIngatRohingya ini disebarkan secara meluas di media sosial.

15135841_1851271911785374_2374

Kesimpulan

Dengan keputusan kerajaan Malaysia dan FAM untuk tidak menarik diri dalam Piala AFF. Ia membuka satu peluang untuk pasukan negara menunjukkan rasa boikot mereka terhadap isu Rohingya dengan menewaskan Myanmar di perlawanan akhir peringkat kumpulan.

Bagi kami, keputusan ini adalah keputusan yang tepat untuk jangka pendek kerana kami memikirkan keselamatan para penyokong negara kita di sana.

Percaya atau tidak? Rakyat Myanmar telah mula menyerang rakyat Malaysia di laman sosial kerana mereka tahu kita mengecam penindasan terhadap isu Rohingya ini.

Jadi kami risau jika penyokong Malaysia diserang atau dipukul oleh rakyat Myanmar sepanjang mereka di sana.

Bagi kami, terdapat pelbagai lagi cara untuk menzahirkan kecaman kita mengenai isu ini.

Anda boleh baca sifir mengenai cara-cara untuk menzahirkan boikot ini yang telah oleh Rimau XI:

rimauxi1

rimauxi2

Jadi, perlawanan menentang Myanmar adalah misi wajib menang untuk skuad negara. Dalam masa yang sama kami berharap kerajaan Malaysia dapat mengambil tindakan sewajarnya mengenai isu ini.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Kanak-Kanak Palestin Pula Kutip Derma Untuk Bantu Celtic Yang Bakal Didenda UEFA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN