Faisal Halim Mampu Ranapkan Momentum Positif Kuching City

Thomas Tuchel's first training session as England manager Loading official content
Thomas Tuchel's first training session as England manager
Check out Tuchel's first open training session as the head coach of the England national team ahead of World Cup qualifying matches.
0 seconds of 48 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine
00:58
00:00
00:48
00:48
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Nama pemain sayap lincah iaitu Faisal Halim antara yang dijangka bakal menjadi tumpuan utama untuk aksi Liga Super seterusnya membabitkan pertemuan antara Selangor dan Kuching City.

Terdahulu, kedua pasukan tersebut boleh dianggap berada pada momentum cukup positif selepas masing-masing masih segar dengan siri kemenangan terdahulu ke atas lawan dihadapi.

Kuching City sebelum itu meraih kemenangan selesa 3-0 mengatasi Kedah Darul Aman (Kedah) dengan bekas peledak Harimau Malaya iaitu Hazwan Bakri, Ramadhan Saifullah, serta Jordan Mintah merekodkan jaringan.

Sementara Selangor pula masih segar dengan siri kemenangan besar 7-0 mengatasi Kelantan Darul Naim (Kelantan DN), apabila nama Faisal Halim kembali dijulang tinggi menerusi ledakan hatriknya.

Untuk aksi hari ini, dijangka kedua pasukan bakal memperagakan aksi terbaik demi memastikan kemenangan berharga itu menjadi milik mereka, terutamanya Kuching City yang mengintai kedudukan empat terbaik.

Bagi perlawanan ini juga, Semuanya BOLA menyenaraikan tiga pemain tumpuan yang dijangka bakal memainkan peranan besar sepanjang perlawanan berlangsung.

Faisal Halim

Mungkin ini tahun terbaik buat beliau mencipta kebangkitan kembali dalam dunia bola sepak profesional, selepas dirinya tampil dengan cukup bertenaga sejak beberapa aksi lalu lagi.

Kemuncak pada peningkatan kembali prestasi beliau dipamerkan ketika beliau menghadapi cabaran Kelantan DN, di mana Faisal berjaya meledak hatrik sulungnya pada saingan musim ini.

Lincah dan sentiasa bijak menghidu peluang menjadikan dirinya sangat sukar untuk dikawal mana-mana pertahanan lawan selain kreativiti dimiliki Faisal menjana serangan Selangor.

Harith Haiqal

Musim 2024-2025 boleh dikatakan sebagai detik terbaik buat Harith di pentas antarabangsa atau sewaktu bersama Selangor menerusi peningkatan prestasinya di atas padang selaku pertahanan masa depan negara.

Bawah kendalian Katsuhito Kinoshi, jelas Harith sentiasa menjadi keutamaan beliau untuk kekal mengawal benteng pertahanan The Red Giants menerusi kekuatan fizikal dan keupayaannya dalam membuat bacaan tepat ke atas gerakan lawan.

Malah, Harith juga cemerlang selaku peledak gol buat Selangor apabila pertahanan berusia 22 tahun itu sudah merekodkan empat gol daripada 29 perlawanan dihadapi.

Jordan Mintah

Penyerang berbisa Kuching City ini terus mempamerkan aksi menakjubkan buat kelab berkenaan menerusi ledakan gol penting untuk memastikan pasukan itu memperoleh kejayaan.

Tampil sedikit lesu pada awal persaingan, momentum Mintah sedikit demi sedikit kembali meningkat sehingga menjadikan dirinya sebagai antara penjaring terbaik Liga Super.

12 gol daripada 19 penampilan di saingan Liga Super menyaksikan nama Mintah tidak boleh diambil mudah buat mana-mana lawan terutama Selangor pada aksi hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN