Penang bakal meneruskan lagi baki aksi Liga Super 2024/2025 dengan kali ini mereka bakal menghadapi cabaran yang dianggap cukup getir dalam usaha pasukan tersebut untuk kembali bangkit.
Apa tidaknya, skuad kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail itu bakal menghadapi salah satu gergasi bola sepak berpengaruh Asia, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada persaingan hari ini di laman sendiri iaitu Stadium Bandaraya Pulau Pinang.
Jadual perlawanan Liga Super hujung minggu ini !
Saksikan siaran langsung di Astro Arena Bola (803), Astro GO, TV Okey, Sukan RTM dan RTMKlik.#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/QiObK5WQiP
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 13, 2025
Atas kertas, jelas JDT memiliki segala kelebihan untuk mencipta satu lagi kemenangan berharga mereka walaupun beraksi di gelanggang lawan jika dibandingkan oleh Penang.
Jurang kekuatan semasa kedua pasukan itu juga jelas menjadi milik pelawat dengan Harimau Selatan dibarisi oleh ramai pemain-pemain berpengalaman serta mempunyai kualiti terbaik untuk dibawa turun.
Sementara Penang pula, mereka perlu tampil berwaspada dan tidak boleh melakukan sebarang kesilapan terutama di posisi pertahanan yang membuka peluang buat lawan mendapatkan jaringan.
Bagi perlawanan hari ini, kami menyenaraikan tiga pemain kedua pasukan yang dijangka menjadi tumpuan utama sepanjang perlawanan berlangsung.
Dylan Wenzel-Halls
Penyerang import dari Australia ini telah mempamerkan aksi yang cukup baik sejak awal penyertaannya bersama Penang di posisi serangan utama pasukan berkenaan.
Another goal and 2 assists
11 Super league games – 5 goals, 4 assists
pic.twitter.com/FxuwKuOg4F
— Dylan Wenzel-Halls (@WenzelHalls) February 8, 2025
Hadir dengan reputasi yang baik, Dylan telah memainkan peranan besar terutama daripada siri serangan Penang yang banyak bertumpukan kepada beliau untuk mencipta sesuatu positif.
Setakat ini, Dylan telah merekodkan lima gol serta dua bantuan jaringan daripada 12 perlawanan dihadapi di pentas domestik bersama Penang.
Arif Aiman Hanapi
Selepas kecewa tidak mencipta sebarang gol atau bantuan jaringan pada aksi lalu menentang Buriram United, pastinya pemain ini bersemangat untuk menjadikan Penang selaku mangsa amukannya.
Di pentas domestik, statistik Arif boleh dianggap cukup positif selain rekod jaringannya yang cemerlang pada pentas antarabangsa bersama JDT pada saingan musim ini.
Threaded pass, lethal shot,
Arif to Jese, ice-cold plot!#LigaSuper#WhatCanYouDo#TheTMJEffect #LuaskanKuasamuJohor#JDTForAll pic.twitter.com/3ZcnEcGqPN
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 26, 2025
Secara keseluruhan, Arif sudah merekodkan 37 penampilan buat JDT musim ini serta meledak 18 gol bersama 14 bantuan jaringan dengan aksi cemerlang turut ditampilkan beliau.
Bergson da Silva
Tonggak penyerang dari Brazil ini dijangka akan meneruskan momentum positif beliau selaku salah penjaring terbanyak Liga Super menerusi rekod jaringannya.
Kekuatan fizikal dan ketajaman beliau sering menghadirkan rasa gerun buat lawan, selain Bergson turut mempunyai keupayaan tinggi daripada segi skil kawalan bola.
Arif
Bergson: 𝐆𝐎𝐀𝐋!
#JDTforAll#TheTMJEffect #WhatCanYouDo #LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/Scw0S6jUAc
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) December 28, 2024
Sehingga kini, catatan menyaksikan Bergson telah meledak 33 gol serta tujuh bantuan jaringan daripada 38 penampilan keseluruhan bersama Harimau Selatan.