Sri Pahang Sedikit ‘Tempang’ Sebelum Hadapi Negeri Sembilan

Sri Pahang dilaporkan tampil sedikit tempang pada perlawanan hari ini sebelum mereka menghadapi cabaran getir daripada Negeri Sembilan untuk siri perlawanan Liga Super seterusnya musim 2024/2025.

Beraksi di gelanggang lawan iaitu Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Paroi, sudah tentu Fandi Ahmad menyedari ia bukan sesuatu mudah untuk dihadapi tatkala lawan juga sedang memburu tiga mata penuh.

Apatah lagi Sri Pahang sendiri sah kehilangan salah seorang pemain import mereka sebelum menghadapi cabaran daripada skuad Hoben Jang Hoben hari ini.

Menurut Fandi Ahmad, beliau tidak dapat menyenaraikan pemain sayap lincah mereka musim ini iaitu Manuel Hidalgo apabila pemain tersebut masih lagi bercuti setelah melangsungkan majlis perkahwinan.

Walaupun begitu, pemain import lain dilaporkan sedia untuk dibawa turun pada aksi tersebut iaitu Stefano Brundo, Kpah Sherman, Mykola Ahapov, serta Aleksandar Cvetkovic.

Kehilangan Hidalgo sebenarnya sedikit sebanyak mampu memberi kesan kepada Fandi untuk meneliti percaturan taktikal bersesuaian kerana impak dibawa pemain tersebut pada aksi-aksi lalu cukup besar.

Walaupun begitu, Fandi enggan mengambil alasan tersebut untuk mereka terlepas sebarang mata pada aksi akan datang bertemu Negeri Sembilan.

Ujar jurulatih dari Singapura itu, beliau mahu para pemain memberi fokus terbaik untuk mengutip mata penting demi memperbaiki kedudukan semasa mereka di carta liga.

“Insha-Allah Sri Pahang akan berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki kedudukan lebih baik dan pada masa sama dalam persediaan menghadapi separuh akhir Piala Malaysia.

“Bagi saya dua perlawanan yang bakal dihadapi akan dilalui dengan tenang terutama kepada semua pemain yang diharap mempamerkan persembahan terbaik.

“Kedudukan ke-10 dalam Liga Super memerlukan semua pemain perlu bekerja keras untuk meletakkan kedudukan lebih baik,” kata pengendali tersebut menerusi perkongsian dibuat oleh Harian Metro.

Setelah mengharungi 14 perlawanan musim ini di pentas Liga Super, pasukan itu hanya mampu meraih tiga kemenangan, enam kali seri, serta lima kekalahan secara keseluruhan.

Sri Pahang juga berpeluang untuk memintas Kedah jika Sang Kenari gagal meraih sebarang mata dan Tok Gajah mencipta kemenangan pada aksi hari ini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN