Ong Kim Swee Gembira Walau Persis Solo Terus Kemarau Kemenangan

Pengendali utama Persis Solo iaitu Datuk Ong Kim Swee tampil berpuas hati dengan keadaan pasukannya walaupun mereka mencatat kekalahan terbaharu di saingan Liga 1 Indonesia semalam.

Pada aksi ke-17 dihadapi Persis Solo musim ini di saingan divisyen utama Indonesia, pasukan itu gagal untuk meraih sebarang kemenangan setelah mengharungi sembilan perlawanan.

Malah, kehadiran bekas jurulatih Sabah itu juga gagal untuk memastikan Persis Solo meraih sebarang kemenangan setelah beliau mengendalikan enam perlawanan peringkat domestik.

Terbaharu, Persis Solo mencipta kekalahan terbaharu 0-1 di tangan Persib Bandung dengan menyaksikan pasukan itu kini berada di tangga ke-16 liga sekali gus diheret ke zon penyingkiran.

Satu jaringan daripada pemain gantian Persib Bandung pada minit ke-55 cukup untuk mengesahkan kemenangan terbaharu buat skuad kendalian Bojan Hodak di saingan utama tersebut.

Walaupun tewas, Kim Swee berpuas hati dengan prestasi ditampilkan oleh Persis Solo pada perlawanan itu dengan hanya satu gol memisahkan kedua pasukan berkenaan.

“Kita bermain dengan sangat baik terutama sekali pada babak separuh masa pertama dengan beberapa peluang berjaya dicipta.

“Tapi sayangnya, kita tak dapat menyempurnakan peluang tersebut dengan sangat baik. Sebaliknya, lawan berjaya mencipta peluang serta menyudahkannya untuk memisahkan keputusan penuh.

“Namun, para pemain hari ini (semalam) bermain dengan prestasi yang cukup positif, terutama dalam kalangan-kalangan pemain muda kita,” ujar beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Radar Solo.

Pada masa sama, Bojan Hodak sendiri mengakui Persib Bandung menghadapi kesukaran terutama pada babak separuh masa pertama untuk mendapatkan gol.

Walaupun begitu, beberapa perubahan dilakukan pada separuh masa kedua dianggap berjaya memberi hasil yang positif sehingga satu gol penting diraih.

“Kemudian, saya lihat pertahanan Persis sedikit longgar jika dibandingkan kualiti ditampilkan mereka pada babak separuh masa pertama.

“Disebabkan itu saya merangka sedikit perubahan pada separuh masa kedua dengan membawa masuk beberapa pemain gantian untuk mengubah permainan terutama pada babak separuh masa pertama, dan ia berhasil,” ulas bekas jurulatih Kuala Lumpur City (KL City) tersebut.

Sumber:
Radar Solo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN